Upcoming Events

SESI WEBINAR - IR4.0 TALENT DEVELOPMENT PROGRAM

Calendar
Event Dalaman
Date
26.06.2021 14:30 - 15:30
Author
Thalhah

Description

Adalah dimaklumkan bahawa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri Universiti (CUIC) dan Pusat Pembangunan Kerjaya Dan Alumni (PPKA) Pejabat Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaya (UM) akan mengadakan Sesi Webinar: IR 4.0 Talent Development Program (Geran Pembangunan Bakat Industri).

Program ini adalah bertujuan memberikan penerangan kepada pelajar tahun akhir, graduan dan alumni universiti awam berkaitan program pembangunan bakat yang berstruktur serta memenuhi kehendak industri melalui penyediaan latihan kemahiran dan sijil profesional khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Di samping itu juga, peserta yang mengikuti program ini akan dibimbing sehingga berjaya memperolehi sijil profesional tersebut dan mendapat tawaran peluang kerjaya di syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa. Program ini turut disertai wakil industri iaitu syarikat HDA Future Tech Sdn. Bhd. dan Skymind Education Group Sdn. Bhd.

Butiran program adalah seperti maklumat berikut:

Tarikh : 26 Jun 2021 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Platform : Webex - https://bit.ly/IR4_s3
Pautan Pendaftaran : https://bit.ly/WebinarPreRegistration_S3

Poster webinar

E-COMMUNITY



 
Updated on: 05 March 2024
Image

FOLLOW US

CONTACT US

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok,
Kelantan.
09-7797000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS KOTA
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
09 - 771 7000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS JELI
17600 Jeli,
Kelantan.
09-9477000 / 09-9477200
pkk@umk.edu.my