PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM UMK BERTANJAK & MEMAKAI BUSANA TRADISI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

( https://bit.ly/2m4BdQ3 )

TARIKH : 5 NOV 2019

MASA : 8 PAGI - 5 PETANG

LOKASI : UMK BACHOK KELANTAN

SYARAT & PERATURAN PENYERTAAN :

 

1. PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka dan secara sukarela kepada semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Kelantan, dan Trengganu.

Semua peserta adalah digalakkan berswafoto dan berkongsi di facebook, twitter, instagram, whatapps dan lain-lain media sosial dengan hastag

#umkbertanjak
#umkberbusana
#1iccthumk
#umk

 

2. PEMAKAIAN TANJAK / DESTAR / TENGKOLOK & BUSANA

Peserta hendaklah memakai busana melayu, namun pemakaian busana berasaskan kaum-kaum utama dan masyarakat etnik utama di Malaysia adalah dibenarkan dengan kelulusan penganjur.

Peserta lelaki yang tidak memiliki busana melayu yang lengkap adalah dibenarkan memakai tanjak / destar / tengkolok melayu yang boleh dikenakan dengan pakaian harian yang sopan.

Semua pemakaian tanjak dan busana hendaklah sopan dan mematuhi tatatusila rakyat Malaysia, tanpa menyentuh isu agama, kaum, jantina dan politik.

 

3. PENDAFTARAN

Semua peserta program ini hendaklah mendaftar secara rasmi menerusi borang atas talian dan pada hari kejadian dengan urusetia yang akan ditentukan tempatnya menerusi makluman media whatapps dan media sosial facebook.

Peserta yang tidak mendaftar secara rasmi dengan penganjur adalah tidak dibenarkan berada di dalam mana-mana premis UMK tanpa keizinan penganjur.

Tarikh Tutup Pendaftaran atas talian adalah pada atau sebelum 25 Oktober 2019 sebelum jam 11.59 malam.

Tarikh Pendaftaran Semula adalah pada 5 Nov 2019 mulai jam 9 pagi - 12 tengahari di meja urusetia pendaftaran di UMK Bachok Kelantan.

Hanya peserta yang berdaftar secara rasmi sahaja dibenarkan berada dalam premis / bangunan / persekitaran UMK Bachok dan tertakluk kepada kawasan - kawasan yang diberikan kebenaran oleh pihak keselamatan UMK.

Semua peserta hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur

Semua peserta tertakluk kepada peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh UMK.

 

4. IMPLIKASI KOS, KESELAMATAN & KEBERSIHAN

Pihak penganjur tidak akan bertangungjawab ke atas sebarang implikasi kos dan implikasi keselamatan yang terlibat bagi penyertaan ke program ini.

Semua peserta hendaklah menjaga adab, tingkahlaku, keselamatan dan kebersihan sepanjang program ini dianjurkan sehingga selesai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Urusetia
Program UMK BERTANJAK 2019
1st ICCTH 2019

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search