A- A A+
logoumk10tahun

Oleh : Aiman Syazwan Foto : Al Azam Razi

KESEDARAN dalam membudayakan sifat keusahawanan penting dalam menggalakkan pembangunan modal insan dan cabaran dari aspek ekonomi negara.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, sebenarnya bidang keusahawanan ini adalah untuk memastikan kita relevan pada masa akan datang untuk membentuk sistem kerja yang lebih agresif, dinamik dan berdaya saing.

“UMK merupakan sebuah universiti yang sepatutnya mengetuai inisiatif keusahawanan negara untuk melahirkan usahawan-usahawan yang mahir dalam bidang perniagaan.

“Oleh itu, penyertaan golongan muda dalam bidang keusahawanan adalah merupakan salah satu inisiatif untuk mengalakkan berniaga menerusi penyediaan bantuan dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” katanya pada Karnival Pendidikan Kerjaya dan Keusahawanan 2016 anjuran UMK Business Ventures Sdn Bhd dengan Kerjasama PPD Bachok dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD), Bachok, Kelantan.

Sempena karnival itu, pelbagai pameran dan gerai usahawan disediakan sepanjang program  yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 26 Mac 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz Abdullah, program ini adalah hasil kerjasama UMKBV yang menjadi  rakan kongsi dalam aktiviti pendidikan.

“Jalinan kerjasama ini merupakan salah satu langkah yang proaktif antara Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD) bersama UMK untuk melahirkan generasi yang berinovasi dalam bidang keusahwanan.

“Pendidikan merupakan satu agenda negara yang besar perlu ada permuafakatan dari pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu pendidikan negara agar dapat bersaing sehingga ke peringkat global,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha dan jalinan kerjasama untuk mencari peluang membuat jaringan atau hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita perlu berusaha ke arah langkah inovatif dan kreatif pada abad ke- 21 yang menekankan kepada empat aspek utama iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif,” katanya.

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/222

Published in Latest News

USAHAWAN dan bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berpeluang mendapat geran bantuan sehingga RM500,000 untuk memulakan perniagaan menerusi program bantuan keusahawanan dengan menyertai program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) bagi Universiti Awam.

Superb4Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), UMK, Prof. Dr. Mohamad Dahlan Ibrahim, berkata, program ini merupakan projek pertama seumpamanya dianjurkan di UMK dengan kerjasama Unit Agenda Peneraju Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, program ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan penyertaan SUPERB khususnya dikalangan usahawan serta bakal-bakal graduan yang berminat menjalankan pelbagai projek yang mampu melonjakkan ekonomi mereka.

“Program SUPERB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Januari 2014 ini menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif.

“Ia merupakan dana pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dana tempoh tiga tahun (bermula pada tahun 2014) yang terbuka kepada mana-mana individu bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat bumiputera yang beroperasi kurang daripada tiga tahun,” katanya pada  taklimat Program SUPERB, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada Februari lepas.

Turut hadir,  Pengarah Pembangunan Sektor Usahawan TERAJU,  En. Ahmad Azlan Ahmad Shah.

Menurut Prof. Dr. Mohamad Dahlan, kerjasama melalui program ini merupakan peluang yang amat berharga bagi usahawan dan bakal graduan UMK dalam membuka peluang untuk menimba ilmu, membina networking dan mendalami bidang keusahawanan.

Beliau berkata, ISME menyambut baik langkah kerjasama ini khususnya dalam membuka peluang kepada usahawan dan bakal graduan universiti di kawasan pantai timur.

Sementara itu, En. Ahmad Azlan, berkata, pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Beliau berkata, kriteria usahawan yang terpilih melalui program ini adalah pemohon mestilah sekurang-kurangnya 60 peratus pemegang saham oleh bumiputera dan syarikat yang beroperasi kurang daripada  tiga tahun.

“Sesi pemilih usahawan yang berminat untuk memohon geran SUPERB perlu membuat rakaman video pendek (berdurasi dua minit) bagi tujuan permohonan,” katanya.

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/190

Published in Latest News

HOT TOPIC