A- A A+
logoumkmerdeka2017
Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan

UMK is a Public University in Malaysia. We are championing in Entrepreneurship. We use technology in Teaching and Learning. We are different. Come and Join Us..

Website URL: http://umk.edu.my Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat              Foto : Pejabat Pendaftar UMK

apc

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah pada tahun ini apabila berjaya merangkul 10 kumpulan terbaik Team Excellence di peringkat sektor awam persekutuan dalam kategori pembudayaan kualiti dan produktiviti di Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Kebangsaan Tahunan (APIC), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Genting Highland, pada 14 hingga 16 November 2017.

Pencapaian terbaik itu adalah menerusi penyertaan Kumpulan Medixin yang mempertaruhkan kemudahan akses rawatan perubatan atau dikenali sebagai  sistem E-Medical iaitu inovasi baharu yang disediakan oleh Pejabat Pendaftar UMK bagi kemudahan kepada staf mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel UMK yang berdaftar dibawah universiti.

Lebih membanggakan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang diwakili oleh kumpulan Ad Hoc turut mencipta kejayaan apabila meraih penarafan Emas atau tiga bintang pada konvensyen APIC 2017 tersebut.

Menurut Fasilitator Kumpulan Medixin, Dr Arbaiah Abdul Razak, pencapaian menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik sektor awam persekutuan merupakan kejayaan manis bagi Kumpulan Medixin selepas penyertaan pertama pada pertandingan KIK di peringkat kebangsaan.

Beliau menyifatkan menerusi kejayaan menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik itu sekaligus melayakkan diri untuk menyertai Konvensyen Team Eexcellence peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana kemenangan ini adalah luarbiasa serta tidak diduga kerana ini adalah penyertaan  tahun pertama di  peringkat kebangsaan. 

“Kejayaan ini membuktikan bahawa UMK adalah setaraf dengan universiti lain dan sekaligus menjadi pemangkin kepada usaha pemantapan budaya pengurusan kualiti di UMK dan kami berharap pada tahun akan datang, lebih banyak kumpulan daripada UMK sertai konvensyen KIK di peringkat kebangsaan,” katanya.

Seramai 286 pasukan terdiri daripada pelbagai industri, swasta dan kerajaan bertanding dalam 6 sektor. Sektor yang dipertandingkan adalah Sektor Perkilangan, Elektronik dan Elektrikal, Perkhidmatan, Awam Persekutuan, Awam Negeri dan Quality Environment.

Antara universiti yang menyertai konvensyen tahunan anjuran MPC ini adalah UiTM, UTHM, USM, UMT, UniSZA, UKM, UMS, UTEM, UTM, UPSI.

Turut menyertai APIC tahun ini adalah Proton, Panasonic, Sime Darby, MAHB, Petronas, KPJ, INOKOM, Modenas, PLUS, FELDA,Telekom,Johor Corporation dan Perodua.

Pemenang Johan Keseluruhan Konvensyen Kebangsaan ini dimenangi oleh pasukan Sime Darby Plantation.

Sementara itu, Syarikat Multinasional Petronas berjaya dianugerahkan Anugerah Ketua Pengarah MPC diatas usaha mereka melibatkan banyak pasukan dalam team excellence ini.

Manakala, Kumpulan daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pula berjaya dianugerahkan sebagai kumpulan yang paling tinggi mencatat jumlah penjimatan kos.

Secara keseluruhannya, dianggarkan sebanyak Rm180 juta penjimatan kos dicatatkan sepanjang konvensyen ini daripada 286 pasukan dengan lebih 1978 peserta mewakili 155 organisasi. 

DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUT ADALAH JADUAL PEPERIKSAAN MUKTAMAD SEMESTER SEPTEMBER 2017/2018 UNTUK PERHATIAN PELAJAR. DIINGATKAN BAHAWA SLIP PEPERIKSAAN BOLEH DICETAK DALAM MINGGU CUTI ULANGKAJI. 

 

MUAT TURUN DISINI

 

Bahagian Pentadbiran Akademik 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01,
16300 Bachok,Kelantan

No.Tel : 09-7797014
Faks   : 09-7797002

 

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat                            Foto  : Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu

KIK

PRODUK inovasi Smart Sensor yang dibangunkan oleh Kumpulan Legasi 19, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya meraih pingat gangsa dalam Kategori Inovasi peringkat Organisasi pada International Innovation And Design In Library & Information Science Competition (InDeLib 2017), di Lembaga Pertubuhan Peladang,  Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan InDeLiB 2017 diadakan bersempena Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 bertemakan Continuous Innovation For Excellent adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah.

Menurut Pustakawan Kanan PPI selaku Ketua Kumpulan Legasi 19, En. Amirul Firdaus Zilah, berkata, kejayaan melalui projek Smart Sensor yang berjaya meraih pingat gangsa daripada 68 projek inovasi yang dipertandingkan menjadi pemangkin kepada PPI dalam membangunkan produk digital kreatif serta teknologi.

Katanya, produk ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kerosakan buku yang tinggi pada proses penghantaran bahan melalui mesin book drop yang menjadi punca utama masalah ini berlaku di perpustakaan UMK.

“Melalui kajian dan pemerhatian oleh kumpulan kami bahawa masalah ini telah mendapat perhatian dan teguran oleh pihak pengurusan dan tindakan segera perlu dilaksanakan.

“Alhamdullilah, isu ini berjaya ditanggani dengan cara terbaik kerana ianya melibatkan kos pembaikan dan pemulihan dan dengan kewujudan satu alat yang diberi nama Smart Sensor ini berjaya mempercepatkan proses kerja dan pihak pelanggan,” katanya.

Tambah beliau, penghasilan produk ini amat  amat penting kerana dengan adanya alat pengesan ini akan menjimatkan masa dan tenaga kerja.

“Melalui inovasi ini dapat memberi manfaat kepada perpustakaan dalam meningkatkan lagi kerja dengan lebih efisyen dan cekap,” katanya.

Pada InDeLib 2017, sebanyak empat kategori  dipertandingkan iaitu Kategori Organisasi, Kategori Profesional, Penyelidik, Ahli Akademik, Kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Kategori Guru/Pelajar Sekolah. 

Wednesday, 08 November 2017 00:00

DATO’ M. NASIR PUKAU 200 SISWA UMK

Oleh  : Pusat Hal Ehwal Korporat              Foto  : Muhammad Fariz Mohd Zain

mnasir

BERJALAN di tanah gersang, Mentari mencekam dada,  Debu-debu di jalanan, Menjadi teman setia.

Tiada lain tujuanku, Hati emas yang ku cari, Kisahnya di hujung dunia, Mengapa tak ku temui.

Sesuai dengan genrenya yang agak rancak, bait-bait lagu Hati Emas dendangan oleh Dato’ M Nasir ternyata berjaya memukau 200 siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekaligus mengubat rindu para peminat-peminat tegar vokalis Kumpulan Kembara dengan satu persembahan bertenaga.

Kegilaan untuk melihat aksi secara langsung Dato’ M Nasir dengan aksi lincah juga mengheret siswa dan peserta untuk bersama-sama berdiri, menari dan menyanyi.

mnasir-2Suasana Auditorium, Bangunan BAP, UMK Kampus Bachok menjadi hingar bingar dengan alunan muzik  kumpulan band pelajar Fakulti Teknologi Kreatif  dan Warisan (FTKW) turut berpadu suara dengan penghibur berbakat besar itu mengalunkan lagu yang pernah  popular  suatu ketika dahulu.

Persembahan Dato’ M. Nasir cukup bertenaga sebagai memenuhi permintaan para peserta yang bersorak meminta beliau mendendangkan lagu Hati Emas yang dipersembahkan oleh band FTKW.

Dato’ M. Nasir atau nama sebenar Mohd Nasir Mohamed iaitu komposer, penerbit album, penyanyi, penulis lirik, pelakon dan pengarah filem hadir sebagai tenaga pengajar dan penceramah untuk Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu dan Muzik Video.

Bengkel dua hari bermula 5 sehingga 6 November 2017 adalah anjuran syarikat Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat rakaman yang memiliki lebih 25 tahun pengalaman di dalam industri muzik dengan kerjasama daripada Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dan FTKW.

Menurut Dekan FTKW, Prof. Madya. Madya Ahamad Tarmizi Azizan, program ini mendapat penyertaan daripada hampir 200 peserta terdiri daripada kalangan pelajar industri kreatif FTKW, penggiat-penggiat seni dan individu  bagi mendapat pendedahan dan mendapat faedah daripada industri sebenar  dalam konteks kepentingan hak cipta dalam bidang industri kreatif khususnya bagi produk yang bersifat abstrak dan bernilai estetik.

Katanya, dalam era Revolusi 4.0 (4IR) dan IoT, penggunaan gajet dan telefon pintar membantu generasi Z masa kini untuk berkarya dengan lebih mudah dan pantas namun  isu hak cipta hendaklah diberikan perhatian khusus kerana penjanaan pendapatan dan keempunyaan karya akan hilang sekiranya kefahaman berkaitan isu hak cipta dipandang remeh.

“Selain itu para peserta didedahkan dengan cara mendaftarkan harta intelek (IP) karya lagu/ lirik, pemasaran digital, promosi radio serta pengurusan hakcipta dan royalti disamping penerbitan muzik video untuk lagu yang akan dipasarkan nanti,” katanya.

Tambah beliau, pembelajaran secara langsung oleh para siswazah dengan penggiat dan pemain industri memberikan kelebihan kepada siswazah FTKW dan UMK akan daya saing di pasaran agar mereka lebih bersedia dan sentiasa meneroka dan mendapat ilmu baharu yang sentiasa berkembang pantas.

Sementara itu, Dato’ M. Nasir berkata, bengkel yang diadakan dengan 70 peratus objektif penganjurannya dan mesej yang hendak disampaikan tercapai khususnya dalam konteks kesedaran hak cipta, karya yang berkualiti dan pengkomersialan sesebuah karya muzik.

Beliau berkata, para peserta yang menyertai bengkel ini turut didedahkan dengan potensi kerjaya sebagai pemuzik, komposer dan penulis lirik.

Dimaklumkan Bahawa Berikut Adalah Deraf Pertama Jadual Peperiksaan Semester September 2017/2018 Untuk Perhatian Pelajar. Diingatkan Bahawa Jadual Ini Adalah Belum Muktamad Dan Boleh Berubah Tertakluk Kepada Keputusan Fakulti. Jadual Ini Hanya Akan Dipaparkan Bermula 6 November 2017 Sehingga 13 November 2017. 

Sekian, Terima Kasih

 

MUAT TURUN DISINI - KLIK DISINI

 

=============================================================

Bahagian Pentadbiran Akademik 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01,
16300 Bachok,Kelantan

No.Tel : 09-7797014
Faks   : 09-7797002

mfb generasi muda

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

USAHA penyelidikan di dalam bidang batik dan inovasi perlu dipergiatkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghasilkan bahan penyelidikan yang berkualiti seterusnya membantu memartabatkan warisan batik di persada dunia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata, kajian dan dokumentasi berkaitan penulisan batik serta inovasi yang relevan juga perlu dipergiatkan supaya informasi serta penemuan-penemuan baharu ini diperluaskan ke seluruh dunia untuk memperkenalkan Batik Malaysia.

Beliau berkata, dalam aspek akademia tenaga pengajar perlu menggalakkan pelajar untuk menghasilkan pelbagai produk dengan rekaan-rekaan baharu yang berindentitikan batik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Selain itu, dalam memastikan industri batik ini kekal relevan beberapa strategi-strategi baharu perlu diberi perhatian antaranya dari aspek business model yang digunapakai terhadap sales, branding dan juga profitability.

“Segmen luxury goods market juga perlu diadaptasikan oleh pihak industri kerana pasaran mencatatkan nilai jualan berbillion dollar pada tahap global,” katanya pada majlis perasmian Minggu Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Ahli LPU, Dato’ Azmi Mohd Ali, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, En. Mohamed Iran Moriff Mohd Sharif.

Hadir sama, Dekan FTKW selaku Pengerusi MFBM 2017, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, penghasilan hasil kerja tangan atau craftsmanship juga perlu direvolusikan agar bertambah baik sebagai contohnya dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam penghasilan produk batik.

Katanya, inovasi dalam pembuatan batik juga perlu dipergiatkan dengan meneroka kaedah moden pembuatan batik tradisional.

“Tidak mustahil suatu hari nanti, UMK mampu berhubung dengan nama-nama besar universiti dan New York Parson’s School of Design untuk penghasilan fabrik bermutu tinggi melalui perkembangan teknologi terkini.

“Penglibatan golongan muda juga perlu dipergiatkan lagi supaya industri batik ini terus mendapat nafas baharu dan kekal relevan dengan penghasilan produk-produk batik yang lebih ionvatif dan mengikuti nadi pasaran terkini di mana golongan ini amatlah digital savvy dan memahami mindset target market,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah memberi contoh kaedah pemasaran oleh Neelofa melalui NH Prima International Sdn Bhd pada tahun lepas telah berjaya mencatatkan jualan atau sale lebih kurang RM50 juta dengan mencatatkan 10 peratus daripada keuntungan jualan adalah dari pasaran luar negara.

Justeru, mahasiswa disarankan menceburi industri kreatif ini bagi mengetengahkan keusahawanan komersial bertemakan batik dalam usaha meningkatkan produktiviti baharu.

“Melalui kreativiti dan hasil idea baru dalam industrial batik juga dapar menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan terbaru.

"Kita juga harap usaha pihak UMK yang turut mengambil langkah progresif menganjurkan minggu Feista Batik Malaysia 2017 ini dapat mengembangkan bakat mahasiwa untuk diketengahkan ke peringkat luar, " katanya.

Page 1 of 40

HOT TOPIC