Latest News

PROGRAM PROF@SCHOOL UMK DEDAH KEPENTINGAN SAINS & MATEMATIK

Tuesday, 25 June 2019 17:58

65078049 2517072371853238 3603039672248303616 n

PROGRAM Prof@School anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mampu meningkatkan kesedaran dan komitmen pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik sekaligus melalui pendekatan baharu dengan memantapkan kurikulum yang menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kepentingan sistem pendidikan di masa akan datang.

Menurut Pengarah Pusat Strategik Korporat, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, program ini merupakan program yang amat unik kerana seluruh sistem pendidikan dan sekolah hingga Universiti, ibubapa dan masyarakat memainkan peranan masing-masing bagi memantapkan sistem pendidikan.

"Objektif utama program Prof.@School adalah untuk membantu mencemerlangkan pendidikan pada peringkat sekolah dengan membantu sebagai mentor kepada pelajar dan guru dalam bidang kritikal seperti sains, teknologi dan matematik.

"Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang sains dan matematik amat tinggi selaras dengan revolusi industri 4.0 pada masa kini, katanya selepas menyempurkan perasmian

Prof@School di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, Machang, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC), Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kassim, Pensyarah Kanan Malaysia Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) dan Pengetua SMK Hamzah, Tuan Hj. Ahmad Yaakob.

Aiman Syazwan I Ab Halim Hafiz Ab Aziz

65051860 2517071948519947 4807544885131345920 n

KERJASAMA UMK DAN OEW ALGAE TECHNOLOGIES KOMERSIALKAN INDUSTRI MIKRO ALGA DI MALAYSIA

Tuesday, 25 June 2019 17:55

65045839 2517067705187038 6060019131749498880 n

BACHOK 25 Jun I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan syarikat biofarmaseutikal, OEW Algae Technologies Sdn Bhd merancang memperluaskan industri menternak mikro alga sebagai usaha mengkomersialkan lagi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan mikro alga di negara ini.

Sebagai permulaan, OEW Algae Technologies telah bersetuju membiayai dana penyelidikan berjumlah RM3 juta dalam membangunkan penyelidikan dan penternakan mikro alga secara komersial untuk tempoh dua tahun (2019- 2020) di UMK Kampus Jeli.

65000879 2517067755187033 1578499351427153920 nNaib Canselor UMK, Prof. Dr. Ts. Noor Azizi Ismail berkata, pembiayaan dana itu adalah bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), inkubasi serta inovasi bersama penyelidik dari Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang melibatkan sekumpulan penyelidik dan pelajar UMK.

“UMK Kampus Jeli telah dipilih sebagai pusat penyelidikan utama projek penyelidikan ini dan fokus seterusnya adalah pemindahan teknologi kepada penduduk Jeli bagi memberi peluang kepada penduduk setempat menjana sumber pendapatan baharu dengan menternak alga mikro untuk dibekalkan kepada industri.

“Produk yang dihasilkan daripada mikro alga terpilih akan digunakan dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan, kosmetik dan makanan,” katanya pada sidang akhbar Pembangunan Terkini Projek Penyelidikan Berasaskan Mikro Alga di Bangunan Canselori, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif OEW Algae Technologies Sdn Bhd., Dato' Dr. Nazily Mohd Noor, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK, Pejabata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, sebagai sokongan kepada kerjasama projek penternakan mikro alga ini pihak akan UMK memperuntukkan kawasan seluas 70 hektar di Jeli bagi tujuan tersebut.

Katanya, progam pembangunan kultur biomas mikro alga berskala besar dengan OEW Algae Technologies Sdn Bhd ini adalah berdasarkan kepada memorandum kerjasama (MoC) antara UMK melalui FBKT yang telah dimeterai pada bulan Mac lalu.

“Melalui kejayaan penyelidikan ini, pemindahan teknologi akan berlaku dimana teknik amalan ladang akan diperkenalkan kepada 32 hingga 50 pengusaha mikro alga khususnya penduduk setempat di Jeli pada tahun 2021,” katanya.

65308681 2517067538520388 3294872715038556160 oSementara itu, Dato’ Dr. Nazily berkata, mikro alga yang memiliki khasiat 600 kali lebih baik berbanding vitamin C telah digunakan secara meluas dan mendapat permintaan tinggi di negara luar kerana kandungannya yang bermanfaat kepada kesihatan.

Katanya, syarikat OEW Group beroperasi di Shah Alam, Selangor sejak 12 tahun lalu telah mengeluarkan dan 32 produk penjagaan kesihatan serta kecantikan yang menggunakan ekstrak mikro alga serta mengandungi astaxanthin, iaitu sejenis pigmen kemerahan atau karotenoid.

“Untuk pelaksanaan projek jangka panjang, syarikat merancang menambah pelaburan untuk membina sebuah loji utama dengan kos dianggarkan antara RM20 juta hingga RM30 juta dalam tempoh 2020-2023,” katanya.

Beliau berharap kerjasama ini akan memberi faedah kepada UMK khususnya dalam penglibatan pensyarah dan penuntut (FBKT di UMK Kampus Jeli yang akan memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa.

Pusat Komunikasi Korporat I Ab Halim Hafiz Ab Aziz & Nur Fadzli Abu Hassan

65154330 2517067795187029 2974809639016726528 n

UMK DAN BENUA SUNDA CARIGALI SDN BHD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI PERLOMBONGAN EMAS

Thursday, 20 June 2019 14:26

4

BACHOK 18 Jun I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Benua Sunda Carigali Sdn. Bhd. (BSC) bagi kerjasama strategik membangunkan sektor perlombongan mineral negeri Kelantan khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan pemerosesan emas.

Memorandum ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Pengarah Urusan BSC, Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 17 Jun 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Che Omar dan Ketua Ketua Pegawai Operasi BSC, Hj Ir. Shukeri Ismail.

2MoA itu menyaksikan UMK dan BSC bersetuju untuk bersama-sama membangunkan bidang penyelidikan berkaitan sumber mineral negeri Kelantan khususnya emas dengan anggaran dana berjumlah RM100,000.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata kerjasama itu membolehkan UMK melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) menyediakan kepakaran termasuk pensyarah dan pelajar untuk menjalankan penyelidikan.

“Penyelidikan selama dua tahun ini telah pun bermula pada April lalu yang diketuai oleh Pensyarah Kanan FBKT, Dr. Abdul Hafidz Yusoff di tapak lombong yang terletak di bawah kawasan pelesenan PMBK Azhab Sdn Bhd di pendalaman hulu Kelantan,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata, dalam menjayakan projek penyelidikan ini, pihak BSC Sdn Bhd telah bersetuju menyumbangkan dana penyelidikan sebanyak RM 50,000 manakala selebihnya dibawah peruntukan dana penyelidikan UMK.

Beliau menyifatkan projek penyelidikan secara kolaboratif antara UMK dan industri BSC Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pembangunan sosio ekonomi negeri Kelantan.

“Kerjasama ini turut membabitkan agensi milik Kerajaan Negeri Kelantan seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Pejabat Tanah Galian Negeri Kelantan.

Sementara itu, Hj Ir. Shukeri berkata Kelantan adalah negeri yang sangat kaya dengan sumber mineral termasuk emas menjadikan Kelantan negeri kedua terbanyak dalam pengeluaran emas selepas Pahang.

“Prospek perlombongan emas di Kelantan adalah amat cerah dan kerjasama ini juga mendapat kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja cari gali atau penjelajahan tapak projek penyelidikan.

“Kita amat bertuah diatas kesudian UMK untuk bersama-sama kami,” katanya.

Pusat Komunikasi Korporat I Al Azam Razi

5

Page 1 of 74

What our Students say?

Latest Update: 25 June 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search