Latest News

PROGRAM MAKERFEST ASIAN SCHOOL OF BUSINESS LAHIR USAHAWAN KREATIF DAN BERINOVASI

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat                Foto : Al Azam Razi & Aiman Syazwan

MakerFest

SERAMAI 50 mahasiswa daripada empah buah Universiti Awam (UA) terpilih menyertai program Markerfest Asian School of Business (ASB) dengan tujuan utama mewujudkan sikap keusahawanan dan inovasi di kalangan pelajar tentang bidang keusahawanan melalui proses ideasi dan fabrikasi.

MakerFest5Penganjuran program julung kali oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) melalui UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI) dengan kerjasama ASB berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Februari 2018.

Seramai 35 pelajar 2U2I daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan selebihnya adalah pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bahawa lonjakan utama adalah untuk melahirkan usahawan di kalangan mahasiswa yang holistik dan keseimbangan dalam pelajaran.

Beliau berkata bagaimana untuk melahirkan usahawan yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, kemahiran insaniah sesuai dengan kehendak pasaran dan tentang keperluan usahawan.

MakerFest3“Dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan tahun lalu, ramai orang bercakap tentang usahawan dimana trend pada ketika itu ramai dikalangan mahasiswa berniaga di atas talian melalui laman web seperti menjual tudung, menjual kek cawan dan sebagainya.

“Saya berkata kepada diri sendiri jika semua pelajar melakukan perkara ini maka mereka tidak perlu melanjutkan pengajian di universiti kerana saya percaya bahawa usahawan bukan semata-mata menjual produk tetapi dapat membawa nilai produk yang anda jual,” katanya pada Majlis Perasmian Program Makerfest Asian School Of Business di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan, pada 25 Februari 2018.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Abdul Aziz Ab. Latif, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Pengarah Aktiviti Keusahawanan UMKEI, Encik Wan Mohd Yusuff Wan Ibrahim dan penceramah daripada ASB, Mr. Rajesh Nair.

MakerFest2

Tambah Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah, apa yang anda lakukan pada hari ini di program MarkerFest adalah untuk mencipta nilai kepada produk yang anda jual melalui personal coaching daripada pakar untuk simulasi bisnes yang menggunakan kombinasi dua ilmu ini untuk menghasilkan produk baharu yang ada nilai.

Katanya, ini adalah jalinan kerjasama pertama UMK dan ASB iaitu sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Bank Negara dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Boston yang komited hadir ke sini untuk memastikan bahawa program ini berjaya diadakan.

“Ramai yang tidak tahu, saya sebagai seorang penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendiri telah melakukan penyelidikan selama bertahun-tahun dan akhirnya saya keluar dengan produk yang menjadikan saya seorang usahawan.

“Pada ketika itu, UTM membenarkan saya untuk memiliki syarikat sendiri dan memiliki sebuah syarikat perkilangan yang mengeluarkan sebuah produk tangki air gentian kaca kerana kerana ramai di kalangan kita sebelum ini menggunakan tangki air keluli dimana tangki air berasaskan keluli ini boleh menyebabkan kualiti air yang kita minum tidak baik untuk kegunaan manusia,” katanya.

MakerFest1Justeru, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah, berkata program ini adalah satu usaha untuk mengubah masa depan negara dimana pihak KPT mahu melihat belia di negara ini menggunakan masa belajar untuk menjadi kreatif dengan membangunkan kemahiran dan bakat untuk menyelesaikan masalah.

“Program ini juga untuk mewujudkan individu mahir dan boleh mereka bentuk atau menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan beberapa masalah dan isu-isu semasa serta mampu mengkomersialkan produk mereka untuk mencipta pekerjaan dan kekayaan di masa depan.

“Kita mahu setiap universiti menjadi makmal usahawan yang akan mengubah masyarakat dan negara seperti hasrat untuk mempunyai inisiatif ini untuk berkembang di sini dan seterusnya bercambah ke universiti-universiti lain di Malaysia,” katanya.

MakerFest4

Read 834 times Last modified on Sunday, 04 March 2018 10:35
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 3 December 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search