Latest News

700 WARGA UMK HADIR MAJLIS AMANAT CABARAN EKONOMI NEGARA BERSAMA KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat             Foto : Al Azam Razi

TN50CE

TN50CE2

SERAMAI 700 mahasiswa dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hadir mendengar Amanat Cabaran Ekonomi yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, pada majlis yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 27 Februari 2018.

Tan Sri Dr. Mohd Irwan tiba jam 3.00 petang diiringi oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Husaini Omar dan Pengurusan Kanan Universiti.

Penganjuran program santai dan sesi dialog itu itu diadakan untuk berkongsi pandangan berkaitan isu-isu semasa seperti TN50, Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan situasi semasa ekonomi negara.

TN50CE3

Menurut Tan Sri Mohd Irwan Serigar, universiti pada hari ini perlu melakukan perubahan dengan mendepani cabaran menghadapi Revolusi Industri (IR 4.0) ke arah negara yang berupaya menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembengunan pendigitalan yang holistik.

Katanya, universiti perlu bersikap berani menghadapi pelbagai cabaran dalam revolusi industri keempat (Industri 4.0

“Selain itu, pada TN50 kerajaan telah mendengar suara rakyat untuk membentuk hala tuju negara melalui pandangan dan idea daripada pelbagai peringkat termasuklah generasi muda.

“Justeru, penganjuran program seperti ini adalah satu langkah bertepatan untuk perkongsian idea dan pendapat disamping mengemukakan inisiatif baru kepada pihak kerajaan untuk menanggani krisis dan cabaran ekonomi negara,” katanya.

TN50CE1Tan Sri Dr. Mohd Irwan yang juga Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), berkata, Malaysia mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.0 peratus atau lebih pada tahun ini berdasarkan prestasi yang dicapai pada tahun 2017.

Beliau berkata, Malaysia berupaya mencapai banyak kejayaan meskipun berdepan cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi.

“Beberapa projek mega kerajaan seperti pembinaan bandar Tun Razak Exchange (TRX), menara The Exchange 106 yang tertinggi di Malaysia, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Transit Aliran Massa Kedua (MRT 2) adalah antara pembangunan bersepadu yang dibuat.

“Bandar-bandar di Malaysia yang akan dibangunkan nanti akan menjadi canggih dengan adanya semua pengangkutan awam seperti kereta api laju, ECRL serta MRT,” katanya.

TN50CE4

Read 714 times Last modified on Sunday, 04 March 2018 10:55
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 3 December 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search