Latest News

KUNJUNGAN YABHG DATIN SERI PADUKA ROSMAH MANSOR KE UMK DISAMBUT MERIAH

 

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat & Nor Suzila Ramli            Foto : Al Azam RAziRamahMesraDRM1

RamahMesraDRM3

KOTA BHARU 11 April 2018 I UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menerima kunjungan, isteri Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, ke UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Kehormat BAKTI merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Kelantan (Penawar), Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah tiba tepat jam 12.15 tengahari disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othmandan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.

Datin Paduka Seri Rosmah turut meluangkan masa beramah-mesra bersama kira-kira 1000 warga UMK dan bersalaman dengan pelajar dan tetamu yang hadir.

RamahMesraDRM6Kumpulan Kebudayaan Le’ Waris UMK tampil membuat persembahan pembukaan dengan Tarian Kreasi Wayang Kulit yang dipimpin Pegawai Kebudayaan UMK, Encik Wan Mohd Arizuddin Wan Mohd Nor kemudian disusuli persembahan Tarian Ngajat Tampi daripada Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2.

Terdahulu, Prof. Dato’Dr. Husaini dalam ucapan aluannya merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga Universiti Malaysia Kelantan.

RamahMesraDRM8

RamahMesraDRM2

Beliau berkata, Jika dilihat banyak sumbangan BAKTI yang telah disalurkan kepada universiti awam antaranya USIM, UNIMAS, UTP, UIAM, UKM dan pada tahun 2017, UMK juga telah menerima sumbangan pendidikan berjumlah RM50,000 daripada BAKTI menerusi program Dermasiswa Universiti BAKTI di Kuala Lumpur.

“Sumbangan Program Dermasiswa Universiti anjuran BAKTI bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar agar mereka fokus pada pembelajaran disamping bertujuan membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mencapai taraf pembelajaran lebih baik dan memperoleh keputusan cemerlang.

“Selain itu, Negeri Kelantan juga penerima terbesar sumbangan BAKTI yang mana kita boleh lihat pada tahun 2014 ketika Kelantan dilanda banjir besar, Kelantan menerima sebahagian besar pelbagai sumbangan yang bernilai RM4 juta daripada BAKTI yang diperuntukkan kepada empat negeri yang dilanda banjir termasuklah Pahang, Terengganu dan Perak,”katanya.

RamahMesraDRM4Pada majlis itu juga, Prof. Dato’Dr. Husaini mengiringi YABhg Datin Paduka Seri Rosmah menyerahkan sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai kepada 20 pelajar UMK.

Sementara itu, Prof. Dato’Dr. Husaini, berkata sepertimana yang kita sedia maklum, peranan BAKTI bukan sekadar sebagai isteri pemimpin negara, tetapi juga adalah pemangkin kepada usaha pemimpin negara dalam memacu kemakmuran dan kesejahteraan tanah air.

“Bakti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, profesion dan pengalaman, adalah satu kekuatan kerana dapat menyumbang daripada pelbagai aspek seiring dengan aspirasi gagasan 1Malaysia.

“Kepelbagaian latar belakang itu adalah satu aset yang menjadikan Bakti sebuah organisasi yang unik dan berprofil tinggi serta sentiasa bergiat aktif untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,”katanya.

Menurut Prof. Dato’Dr. Husaini, sepanjang lebih 50 tahun merdeka, golongan wanita membentuk majoriti penduduk negara ini yang terus menjadi tulang belakang pembangunan Malaysia.

RamahMesraDRM9

“BAKTI tidak sekadar menjadi role model kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia bahkan kini menjadi rujukan kepada negara lain di seantero dunia dan pihak UMK merakamkan tahniah dan syabas kepada perajunya iaitu YABhg Datin Paduka Seri Rosmah,”katanya.

Sebelum itu, pada majlis lain Datin Paduka Seri Rosmah menyampaikan sumbangan baju dan duit raya kepada 600 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) oleh BAKTI sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Para Pelatih PDK 2018 & Pelancaran Buku Panduan Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

RamahMesraDRM7

Read 641 times Last modified on Thursday, 12 April 2018 15:45
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 11 Jun 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search