Latest News

PROFESOR BERSAMA MASYARAKAT PLATFORM SELAMI DENYUT NADI RAKYAT

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat & Nor Suzila Ramli        Foto : Al Azam Razi

PerasmianMPN2

PerasmianMPN

BACHOK 16 April 2018 I PEMERKASAAN matapelajaran sains, teknologi serta matematik di kalangan pelajar adalah antara empat inisiatif utama yang dilancarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi program Profesor Bersama Masyarakat.

Selain itu, inisiatif lain ialah membabitkan kelestarian dan kebersihan negeri; pembangunan teknologi maklumat (ICT) dan membanteras gejala sosial.

Presiden dan Ketua Eksekutif MPN, Prof. Dato’ Dr. Raduan Che Rose, berkata pendidikan STEM adalah antara contoh kejayaan kerjasama UMK dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang menjadi model untuk para profesor dan pendidik membantu sekolah untuk meningkatkan tahap akademik.

Beliau berkata, dengan itu MPN menyatakan komitmen dan kesungguhan untuk memperkasa bidang itu dengan memastikan jumlah pelajar meminati aliran Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin bertambah di negeri ini.

PerasmianMPN3

“Para akademik dan Profesor akan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang subjek Matematik dan Sains untuk mereka menguasai bidang tersebut,” katanya pada majlis perasmian Program Profesor Bersama Masyarakat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Dato’ Dr. Ilias Husain, di UMK Bachok Kelantan, pada 16 April 2018.

Turut hadir, Timbalan Presiden MPN, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar,.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Raduan, kesemua inisiatif yang dilaksanakan tersebut adalah hasil kolobrasi MPN selama dua hari bersama komuniti termasuk pelbagai program kemasyarakatan yang berfokus kepada objektif memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

PerasmianMPN5

Katanya, Program Profesor Bersama Masyarakat ini merujuk kepada peranan profesor dan para akademik memberi manfaat kepada masyakat dalam pelbagai bentuk dan kaedah pelaksanaannya.

“Salah satunya adalah memberi matlumat terkini iaitu matlumat sebenar mengenai isu-isu berkait dalam negara khususnya di negara ini.

“Para profesor merupakan ilmuan yang mempunyai pengalaman yang banyak dengan kepakaran yang tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim berkata, menerusi program ini para profesor dapat memberi kefahaman dan membawa masyarakat kepada satu tahap yang dipanggil sebagai ‘kesarjanaan awam’.

PerasmianMPN6Katanya, profesor dapat memberi perkongsian ilmu untuk masyarakat menerima sesuatu dengan lebih bijak iaitu menilai dahulu sebelum menyebarkan sesuatu dan bukan menerima secara bulat-bulat akan sesuatu perkara.

“Pada abad ini, masyarakat mudah menerima dan taksub kepada sesuatu perkara itu disampaikan secara berulang kali sehingga menyebabkan mereka terinduksi dan mudah percaya kepada berita yang sebarkan.

“Oleh itu, masyarakat memerlukan seseorang yang berani menyampaikan dan menerangkan perkara yang sahih beserta dengan bukti untuk mengelakkan segala macam anasir yang tidak sewajarnya,” katanya.

Sepanjang berlangsungnya Program Bersama Masyarakat pelbagai program menarik diadakan iaitu Forum    menyelami denyut nadi rakyat, Forum ilmuwan bersama masyarakat, pemeriksaan kesihatan, derma darah, pameran, program gotong royong perdana, pertandingan gubahan pulut kuning, dialog Profesor bersama pemimpin pelajar dan kenduri rakyat.

PerasmianMPN1

Read 320 times Last modified on Wednesday, 18 April 2018 18:04
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 11 Jun 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search