Latest News

GENDANG KECAPI WARISAN YANG DILUPAKAN

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

Kecapi2

KEISTIMEWAAN dan keunikan gendang bukan sekadar paluannya dan bunyi-bunyian sahaja malah gendang juga sebenarnya menonjolkan identiti, budaya, adat dan warisan bangsa serta sejarah asal-usul kepada masyarakat atau peribumi.

Kecapi1

Kalau disoal kepada generasi millinea hari ini tentang gendang kompang, gendang joget, gendang dikir, gendang peribumi, gendang panjang Siam, gendang Cina dan gendang India pasti ramai terpinga-pinga kerana tidak pernah mendengar nama apatah melihatnya.

Begitu juga nasib yang dialami oleh Alat Muzik Kecapi atau Gendang Kecapi kerana ada antara generasi muda kini langsung tidak mengetahui akan kewujudannya biarpun alat permainan tradisional ini pernah berada di zaman kegemilangannya sekitar tahun 1940 dan 1950 an.

Gendang Kecapi yang kian diancam kepupusan itu menghadapi masalah sama seperti dengan permainan atau alat tradisional Melayu yang kini sukar ditemui sehinggalah hanya dapat dilihat pada ketika persembahan majlis keraian tetamu kenamaan atau pelancong daripada luar negara.

Justeru itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) menganjurkan Program Kolaborasi Muzik Tradisional dengan matlamat memartabatkan seni dan warisan muzik tradisional.

Kecapi8

Pensyarah Jabatan Pengajian Warisan FTKW, En. Mohd Aswawi Isa, berkata pihak FTKW dibawah Elektif Seni Persembahan berusaha untuk mempertahankan seni warisan itu dengan menarik minat generasi millinea untuk memberi pendedahan suatu alat yang boleh dianggap bahan permainan atau hiburan oleh orang Melayu suatu ketika dahulu.

Beliau berkata, objektif utama program ini adalah untuk menghargai seni dan warisan muzik tradisional di samping memberi peluang kepada pelajar elektif muzik IPGKSM untuk mempelajari cara pembuatan dan teknik pembuatan alat muzik kecapi melalui bengkel yang disediakan ini.

“Pada masa yang sama, program ini juga mewujudkan hubungan kolaborasi antara IPGKSM dengan pihak UMK yang terlibat iaitu pelajar dan pensyarah untuk dijadikan medan untuk berkongsi idea atau pengalaman yang baharu,” katanya.

Menurut En. Mohd Aswawi, program ini juga sebagai platform untuk generasi ini belajar mewarisi seni pembuatannya dan bermain permainan tradisional itu.

Kecapi7

Katanya, idea untuk mengadakan bengkel ini selepas melihat masih ada warga emas iaitu En. Abdullah Majid atau lebih dikenali dengan nama Pok Loh, 82, masih bergiat aktif dalam seni pembuatan alat muzik kecapi dan begitu mahir bermain alat muzik tradisonal itu walaupun telah dimamah usia.

“Pok Loh satu-satunya pembuat alat muzik kecapi yang masih ada di negeri ini yang mula berkecimpung dalam pembuatan alat muzik ini sejak berusia 17 tahun.

“Beliau berhasrat meneruskan dan mempertahankan seni pembuatannya sehingga hayatnya dan sanggup mewarisi kepada mereka yang berminat,” katanya.

Tambah beliau, alat muzik kecapi yang diperbuat daripada buluh juga dikenali sebagai gendang kecapi dimana buluh itu dibuat dari tabung-tabung buluh yang terpilih khususnya daripada buluh bentong dan tali-talinya dikupas dari sebahagian kulitnya tanpa diputuskan hujungnya.

“Setiap buluh mempunyai enam tali yang ditegangkan yang dengan diperkuat oleh ikatan tali yang diperbuat daripada buluh dimana petikan daripada tali itu mengeluarkan bunyian seperti suara gong ibu dan anak.

Kecapi4

“Manakala bahagian dua lubang buluh gantian kepada gendang secara meningkah dengan suara yang dihasilkan dari tepukan disebelah permukaannya yang tampak terbuka yang mengeluarkan bunyi gendang,” katanya.

Sementara itu, En. Mohd Aswawi, berharap perkongsian pengalaman dan ilmu daripada Pok Loh itu para pelajar dapat memanfaatkannya untuk digunakan dalam aspek pendidikan seni persembahan muzik.

Katanya, melalui platform ini juga memberi pengetahuan dan pengalaman dari segi pembuatan dan teknik permainan alat muzik tradisional tempatan kepada pelajar elektif muzik dan melahirkan pelajar yang menghargai seni dan warisan muzik tradisional.

Kecapi5

Read 351 times Last modified on Wednesday, 25 April 2018 12:35
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 11 Jun 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search