Latest News

600 WARGA UMK HADIR MAJLIS AMANAT BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

 

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

30806120 1741294269258600 646695275538207218 o

KOTA BHARU 24 April I Pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) oleh kerajaan adalah antara matlamat dan sasaran yang jelas untuk menjadikan Malaysia antara 20 negara terbaik serta termaju dunia berdasarkan prestasi memberangsangkan dalam pelbagai sektor di bawah pentadbiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, persediaan TN50 merupakan satu revolusi yang mana Malaysia akan memberikan satu perubahan dan perkara-perkara baru yang akan wujud termasuklah memperkasakan inovasi dan kreativiti.

Beliau berkata, TN50 adalah cetusan Perdana Menteri sebagai langkah proaktif Malaysia mendepani cabaran termasuklah Revolusi Industri (IR 4.0) dengan membentuk pelajar untuk mendepani perubahan sektor pekerjaan yang tidak lagi wujud pada masa hadapan

“Wawasan TN50 akan meletakkan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2050 melalui dasar, program dan projek yang bersesuaian.

“Justeru, pihak universiti juga telah membuat persediaan rapi untuk membentuk pelajar agar bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dan mengambil peluang yang akan wujud selepas ini,” katanya ketika menyampaikan Majlis Amanat KSN Bersama 600 Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 24 April 2018.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Dato’ Seri Rohani Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nazran Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.

Menurut Tan Sri Ali, Malaysia sebagai salah sebuah negara yang berwawasan berpaksikan rakyat maka kerajaan akan sentiasa memastikan segala dasar program yang diperkenalkan ini akan sampai kepada rakyat.

Katanya, tidak ada seorang individu di mana-mana kawasan atau negeri akan terpinggir mahupun ketinggalan daripada aspek pembangunan.

Katanya, contoh ialah Kelantan menjadi negeri terpenting dalam pembangunan negara serta rancangan pembangunan kerajaan Persekutuan sejak pentadbiran YABhg. Dato’ Seri Mohd Najib pada tahun 2009.

"Pelbagai inisiatif dan projek kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Kelantan iaitu bagi tempoh 2013 hingga 2017, dengan 447 projek bernilai RM2.65 bilion berjaya dilaksanakan di negeri ini.

"Selain itu, sebanyak 7,914 unit Perumahan Awam 1Malaysia telah diluluskan di Kelantan manakala 2,662 unit sedang dalam pembinaan dan 5,197 unit dalam pelbagai peringkat kelulusan untuk pembinaan dan projek perumahan PPA1M manakala di Bachok sebanyak 55 unit rumah PPA1M telah pun siap dibina,” katanya.

Tambah beliau, rumah PPA1M dijual lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit dimana sebahagian daripada kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Manakala program Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang ditubuhkan di Kelantan menunjukkan bahawa RTC Kota Bharu menjadi paling berjaya di 11 RTC di seluruh negara berbanding negeri-negeri lain.

Pada majlis sama, Tan Sri Ali turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMK dan PUSPANITA bagi memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak dengan mewujudkan Anugerah Prihatin Komuniti PUSPANITA.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Husaini dan Dato’ Seri Rohani.

PUSPANITA sebagai sebuah persatuan kebajikan yang bergerak aktif memperkasakan dan merakyatkan PUSPANITA melaluai pelaksanaan program berasakan 3K iaitu Keilmuan, Keusahawanan dan Kebajikan kepada ahli PUSPANITA dan masyarakat setempat.

Justera itu, PUSPANITA berbesar hati memberikan sumbangan endowment Kecemerlangan sebanyak RM50,000.00 kepada UMK bagi merealisasikan hasrat ini.

30073539 1741294662591894 4416284598373360547 o

Read 260 times Last modified on Sunday, 06 May 2018 15:39
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 11 Jun 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search