
PENGKALAN CHEPA 18 Julai I Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan acara catur Karnival Sukan MASUM Fasa I apabila berjaya mendominasi semua pingat yang dipertandingkan pada perlawanan yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, petang tadi.
Pasukan catur UiTM mempamerkan prestasi cemerlang dengan meraih pingat emas menerusi kategori Berpasukan Lelaki dan Wanita serta kategori Individu Wanita.
Pada kategori Berpasukan Lelaki, pasukan UiTM selaku juara diwakili oleh Muhd Irfan Haqqim Azhar, Muhd Aziz Farhan Noor Akbar, Fikri Salleh dan Amir Qayimm Mohd Saprin.
Manakala tempat kedua kategori Berpasukan (Lelaki) dimenangi oleh pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibarisi oleh pemain Subramaniam Sivanesan, Thasvindran Surendran, Ooi Yen Hoe dan Teo Yao Aik, yang membawa balik pingat perak.
Tempat ketiga bagi gangsa diraih oleh pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang di barisi oleh Mohd Yamin Mustafar, Haikal Zharif Abdul Jamil, Muhd Faiz Sakeri dan Mohd Nor Hafiz Jamil.
Bagi kategori Berpasukan (Wanita), pasukan catur UiTM turut mencatat kejayaan manis dengan merangkul gelaran juara dengan membawa balik pingat emas menerusi barisan pemain yang terdiri daripada Nur Nabila Azman Hisham, Nur Najiha Azman Hisham, Najihah Mohd Saufi dan Anis Fariha Saleh.
Manakala pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat kedua yang memenangi pingat perak menerusi Nur Farhana Rosli, Seri Aisyah Che Hassan, Ong Jin Han dan Nur Farhana Atiqah Amir Hafidz.
Tempat ketiga bagi pingat gangsa dimenangi oleh pasukan catur UIA iaitu Nurril Syi’finatul Afifie Jamaludin, Mizan Izzati Mat Zin, Zakira Afina Zainudin dan Wan Nur Fadhilah Wan Hassan.
Sementara itu, dalam kategori Individu (Lelaki), pasukan USM meraih pingat emas yang disumbangkan oleh Subramaniam Sivanesan, pingat perak dimenangi oleh pasukan UiTM menerusi Muhd Irfan Haqqim Azhar dan Muhd Aziz Farhan Noor Akbar, untuk pingat gangsa.
Bagi acara catur kategori Individu (Wanita) pasukan UiTM membawa balik pingat emas dan perak menerusi gabungan barisan pemainnya iaitu Nur Nabila Azman Hisham dan Nur Najiha Azman Hisham manakala pingat gangsa diraih oleh pasukan UTM iaitu Nur Farhana Rosli.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Zaliman Sauli yang diiringi Ketua Kontingen UMK, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin