Latest News

250 PENYAIR TERNAMA DUNIA GEGARKAN PENTAS UMK

aa2f5415 f422 4388 966b fcd7fdd9107c

BACHOK I Perkampungan Budaya atau Teniat yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok bertukar riuh dengan suara padu daripada 250 delegasi penyair dan deklamator ternama dari 12 buah negara yang berkongsi pentas pada program Apresiasi Seni sempena Konvensyen Penyair Dunia 2018 (KONPEN 2018) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Julai 2018.

Pentas UMK yang menutup tirai himpunan para tokoh dan penyair ternama bertaraf dunia sempena KONPEN 2018 yang diadakan selama tiga hari di HR Resort, Pantai Chap disertai oleh penyair Itali, Taiwan, Korea Selatan, India, Russia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Timor Leste.

 A3A4831KONPEN 2018 telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK merangkap Penaung Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman manakala program Apresiasi Seni telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Turut hadir, Presiden PENYAIR Malaysia, Dr A Rahim Abdullah dan Pengarah KONPEN 2018, Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim.

Program julung kali diadakan ini turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UMK, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Majlis Daerah Bachok dan Polis Kelantan.

Menurut Prof. Madya Ahamad Tarmizi, penganjuran program ini adalah bersifat antarabangsa sebagai satu platform untuk memaklumkan bahawa dunia kepenyairan ini adalah salah satu warisan nusantara yang harus dipertahankan.

Justeru, FTKW melalui Program Pengajian Warisan yang mendokong peri pentingnya warisan melalui empat buah bidang di bawahnya iaitu Kesusasteraan Warisan, Warisan Budaya, Seni Persembahan dan Muzik.

“Keempat-empat bidang yang ditawarkan di bawah progran ini merangkumkan aspek-aspek warisan untuk didedahkan kepada pelajar.

“Selain Program Pengajian Warisan, FTKW menawarkan Program Teknologi Kreatif yang turut mengkreasikan warisan sebagai asas dan pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkenaan dengan aspek-aspek warisan di dalam pembelajaran mereka,” katanya.

UMK berhasrat program ini dijadikan acara tahunan dalam melestarikan kegemilangan puisi melayu dan mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai untuk melaksanakan program seumpama ini.

eb34b6ba 8c54 4375 85e4 0324b1a6b135

Read 251 times Last modified on Sunday, 29 July 2018 09:09
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 18 October 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search