Latest News

FIZO OMAR PERCAYA BERKONGSI REZEKI FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN

DSC 9162

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : UMKBV

KOTA BHARU 26 OKTOBER I Pelakon, pengacara dan usahawan, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar percaya konsep berkongsi rezeki adalah faktor kejayaan beliau dalam perniagaan sehingga bergelar usahawan berjaya pada hari ini.

Fizo menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger dengan jenama Hot Burger menerusi perkhidmatan francais Hot Burger dengan tagline ‘Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima’, telah berjaya memberi peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat tanpa perlu mengeluarkan modal.

Katanya, perniagaan gerai burger yang diusahakannya sejak beberapa tahun bukan hanya untuk mengejar keuntungan atau kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda dan ibu tunggal.

“Program ini sebagai platform menggerakkan konsep menderma dan memberi dalam kalangan usahawan.

“Perniagaan itu telah berjaya memberi peluang baharu kepada usahawan dan sebanyak 350 gerai Hot Burger di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

0I1A3431Katanya, program berkenaan adalah inisiatif beliau dan rakan kongsi untuk membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar, belia dan ibu tunggal yang sama seperti konsep program keusahawanan sosial.

Malah, Fizo Omar juga percaya konsep bersyukur adalah amalan terbaik menjemput rezeki seperti dalam Surah Ar Rahman mengingatkan kepada kita bahawa “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”.

Beliau berkata, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi ramai di kalangan kita yang tidak bersyukur dan sebab utama gagal menjemput rezeki ialah kita hanya banyak komplen daripada beryukur nikmat yang diberikan.

“Sebagai usahawan, saya percaya dengan berkongsi rezeki lagi murah rezeki yang kita akan perolehi.

“Selain itu, karekter usahawan yang berjaya adalah memiliki enegri yang kuat berbanding mereka yang tidak berjaya.

“Untuk menjadi usahawan berjaya kita perlu hadirkan energi yang kuat,” katanya pada sesi Ikon Usahawan Berjaya sempena Program Keusahawanan Sosial anjuran UMK Business Ventures Sdn. Bhd., di Hotel Perdana, Kota Bharu, baru-baru ini.

Program Keusahawanan Sosial Tahap 1 (Asas Keusahawanan) yang diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob.

Pada sesi latihan tahap kumpulan pertama telah dihadiri seramai 30 peserta yang terpilih terdiri daripada 27 pelajar dan alumni penuntut universiti awam di Malaysia termasuk tiga peserta adalah daripada orang awam.P

Program ini melatih para peserta bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan pada masa yang sama memahami konsep usahawan sosial untuk mengumpulkan peserta-peserta yang terpilih dalam kalangan penuntut Universiti Awam iaitu UMK, UPM, UiTM, UM, UKM, UniSZA dan UMT dan juga komuniti.

Program Latihan Tahap 1 (asas) selama 3 hari 2 malam ini memberi pendedahan berkaitan asas perniagaan yang meliputi langkah memulakan perniagaan, pentadbiran perniagaan serta idea perniagaan.

Peserta juga didedahkan dengan pengalaman perniagaan sebenar dari usahawan-usahawan yang dijemput untuk berkongsi pengalaman.

Selain itu, modul-modul yang dirangka untuk latihan Tahap 1 ini adalah meliputi kandungan perniagaan sebagai suatu kerjaya, ikon usahawan berjaya, langkah memulakan perniagaan, maklumat keusahawanan sosial, pentadbiran perniagaan dan idea perniagaan.

0I1A3413

Read 103 times Last modified on Monday, 29 October 2018 07:41
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search