Latest News

TRAGEDI JETI RUNTUH PULAU ANAK TIKUS: PELAJAR UMK SELAMAT DAN KEADAAN TERKAWAL

277d12a7 9e59 42e5 84f0 d36e4771536a

LANGKAWI 30 OKTOBER I Kesemua 40 pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdepan detik cemas dalam tragedi jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, Kedah, kira-kira jam 1.30 petang, pada 29 Oktober 2018 kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Keseluruhan mangsa merupakan ahli Kelab Eksplorasi (Geosains) yang menyertai program International GeoExploration De Langkawi, terdiri daripada lima pensyarah (tiga lelaki, dua perempuan) dan pelajar (11 lelaki dan 24 perempuan).

185c0b86 48b0 4cf3 b637 b074ba05c1b7Pengarah Program International GeoExploration De Langkawi, En. Arham Muchtar Achmad Bahar, berkata, pada masa kejadian berlaku kesemua pelajar iaitu kira-kira seramai 12 orang pelajar berada di lokasi di jeti tempat runtuh yang terletak di kawasan Pulau Anak Tikus.

Katanya, pada masa berlakunya jeti runtuh itu keadaan masih terkawal dengan paras air laut yang pasang iaitu separas dada di bahagian bawah jeti.

“Kejadian jeti runtuh berlaku pada kira-kira jam 1.30 petang itu sebaik sahaja saya memulakan penerangan tentang kerja lapangan mengenai struktur geologi Pulau Anak Tikus juga dikenali sebagai Pulau Fosil merupakan sebahagian daripada Kilim Geopark terletak di dalam kawasan Pulau Langgung.

“Dalam detik cemas itu, pihak kami dengan serta-merta mengangkat kesemua pelajar yang terlibat ke atas iaitu di kawasan jeti kiri yang tidak runtuh dan kemudian memeriksa keadaan mereka sekaligus memberikan rawatan kecemasan (first aid),” katanya ketika dihubungi di sini.

e5349b8a c41d 4558 a7c3 9a2fda689277Tambah beliau, pada masa kejadian merupakan hari ketiga kajian lapangan yang bertajuk Sedimentologi dan Stratigrafi. (Lokasi Jeti runtuh bertanda bulatan merah iaitu lokasi berkenaan penerangan berkaitan geologi).

“Pihak kami juga telah menghubungi bot yang menunggu kumpulan kami untuk memberitahu bahawa berlakunya kejadian jeti runtuh tersebut.

“Selepas 15 minit bot pertama tiba adalah bot daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan disusuli lima minit kemudian bot daripada Koperasi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan diikuti kira-kira 30 minit kemudian pihak Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba di lokasi.

Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan LADA.

Dalam kejadian itu, 11 pelajar dilaporkan cedera dan seorang parah telah dihantar ke Jeti Kilim untuk menerima rawatan awal dan digegaskan ke Hospital Langkawi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, En Arham Muchtar, berkata, daripada jeti Kilim sebahagian pelajar dan pensyarah telah dibawa balik ke homestay.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana kejadian jeti runtuh itu berlaku adalah diluar kawalan kumpulan kami.

Katanya, pihak kami juga turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengurusan awal untuk memberi rawatan awal kepada pelajar iaitu mangsa yang terlibat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kumpulan kami dijangka tiba ke UMK Kampus Jeli dalam masa terdekat walaupun ekspedisi kajian penyelidikan berakhir pada 1 November nanti,” katanya.

Program International GeoExploration De Langkawi yang berlangsung selama seminggu bermula pada 26 Oktober hingga 1 November 2018 di Pulau Langkawi, Kedah.

01cf818f 113e 465d b745 3607e44d4f77Objektif penganjuran ini adalah sebagai salah satu proses pembelajaran di lapangan yang melibatkan subjek Geologi Struktur dan Geoteknik, Sendimentologi, Stratigrafi dan Sejarah Bumi serta Petrologi.

Lokasi Pulau Langkawi dipilih kerana ini adalah kawasan global geopark pertama di Asia Tenggara dan yang ke 52 di dunia yang memiliki nilai geologi yang unik dan nilai sejarah yang tinggi sesuai untuk diterokai.

Program ini adalah berkaitan dengan silibus pelajar tahun tiga jurusan Geosains bagi melakukan penyelidikan geologi mengani formasi-formasi batuan yang terbentuk dan melalui landskap-landskap geologi yang terbentuk di Langkawi.

Antara lokasi menarik bagi penyelidikan geosains ini di Pulau Langkawi ialah Pantai Tenglorak, Gunung Machinchang, Pulau Langgun, Teluk Anak Tikus, Teluk Mempelam, Air Terjun Telaga Tujuh, Teluk Burau, Kisap Thrust Breccia dan Gunung Raya.

5acc5abc 0eab 4552 a2c9 7fb27405f2f7

Read 129 times Last modified on Wednesday, 31 October 2018 07:56
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search