Latest News

INSPEK KEMUKAKAN LAPAN INDIKATOR BAHARU BAGI PELAKSANAAN PENGUKURAN PEMETAAN KEMISKINAN DI KELANTAN

0I1A4015

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

KOTA BHARU 31 OKTOBER I Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini sedang menyediakan satu kajian baharu Pemetaan Kemiskinan menerusi penemuan lapan indikator modal komuniti yang menunjukkan pengukuran kemiskinan di Negeri Kelantan.

Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail berkata, dalam penemuan baharu itu kami telah mengemukan satu alternatif baharu untuk mengukur kemiskinan bagi Negeri Kelantan dengan matlamat utama pengurusan kemiskinan secara berimpak lestari dengan mengemukakan hasil kajian ke atas penduduk di 10 jajahan di negeri ini.

0I1A4004Beliau berkata, terdapat lapan indikator yang menunjukkan hasil penemuan kajian secara umumnya menunjukkan bahawa orang miskin (KIR) di Kelantan tergolong dalam kategori modal insan, modal fizikal, modal semula jadi, modal ekonomi dan modal budaya.

“Keputusan kajian menunjukkan bahawa modal-modal komuniti tersebut telah dijadikan sebagai indikator baharu untuk mengukur kemiskinan menerusi kajian yang dilakukan ke atas 3,000 ketua isi rumah (KIR) di 10 jajahan dalam pentadbiran Negeri Kelantan.

“Konsep pemetaan kemiskinan merupakan konsep yang asing dalam membincangkan isu kemiskinan namun, konsep ini mampu menjadi kerangka dan memberi input penting untuk menguruskan kemiskinan secara berimpak lestari dalam mempertimbangkan pelbagai aspek kehidupan orang miskin,” katanya pada program International Conference On Poverty & Sustainable Society (ICOPSS 2018), di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Program ICOPSS 2018 yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 November 2018 telah disempurnakan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Ucaptama ICOPSS 2018 telah disampaikan oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak bertajuk Sejahtera, Poverty and Sustainable manakala Pengerusi Yayasan Sejahtera, Tan Sri Faizah Mohd Tahir menyampaikan ucaptama bertajuk Building Sustainable Communities.

0I1A3902Turut hadir, Pengarah ICOPSS 2018, Dr. Nurhanan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sejahtera, Puan Suheilah Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),   Encik Mazlan Hamat.

Tambah Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Za, dalam persidangan ini akan membincangkan kerangka dan proses pemetaan kemiskinan tersebut yang melibatkan lapan modal komuniti yang telah dikenal pasti untuk dipetakan.

Katanya, kajian ini mengambil kira fakta daripada Pemetaan Kemiskinan di Kelantan ini untuk mencadangkan dibangunkan satu pelan strategi khas bagi menguruskan kemiskinan di Kelantan secara lebih bersistematik.

“Persidangan ini juga berjaya mengumpulkan para pakar dan kajian dari pelbagai tema yang berbeza bagi bersama berkongsi dan mewacanakan isu kemiskinan yang mempunyai hubungan langsung dengan kelestarian masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim berkata, persidangan ICOPSS 2018 mampu memberi impak positif yang bukan hanya kepada InsPeK tetapi juga kepada pembentang dan peserta kerana berpeluang untuk berkongsi hasil kajian dan membina jaringan dengan rakan-rakan dari institusi yang berbeza.

Katanya, jaringan ini amatlah penting, bukan sahaja untuk mencari peluang bersama untuk meneroka dan melaksanakan kajian tertentu dengan lebih mendalam dan ini juga melibatkan perkongsian peluang-peluang lain, termasuklah penyelidikan, pemindahan ilmu, penerbitan dan aktiviti yang lain.

“Sebanyak 50 buah kertas kerja dibentangkan dalam persidangan ini yang melibatkan 12 tema berkaitan dengan kemiskinan dan masyarakat lestari,” jelas beliau.

Read 74 times Last modified on Thursday, 01 November 2018 08:11
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search