Latest News

80 KERTAS KERJA KELESTARIAN UMMAH DIBENTANG DI ICU 2018 CLS

45135322 2006403722747652 7257496738754199552 o

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

KOTA BHARU 1 November I Pemerkasaan ummah dan pengukuhan akidah dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menjadi agenda utama dalam persidangan International Conference On Ummah 2018 Civilisation, Language And Sustainability (ICU 2018 CLS) yang dihoskan oleh Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Lebih 80 kertas kerja dibentangkan oleh 150 peserta pada persidangan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 31 Oktober hingga 1 November 2018.

ICU 2018 CLS menghimpunkan tokoh ilmuan daripada ahli akademik, pelajar pascasiswazah dari dalam dan luar negara.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar berkata, penganjuran persidangan ICU 2018 CLS adalah salah satu inisiatif terbaik dan bertepatan dengan peranan pusat pengajian bahasa dan pembangunan insaniah (PBI) dalam menangani isu berkaitan kelestarian ummah, ketamadunan dan bahasa yang menjadi tema utama persidangan pada kali ini.

Beliau berkata, untuk menjayakan sesuatu negara bangsa yang bertamadun tinggi, ianya memerlukan modal insan yang mempunyai tahap intelektual yang optimum dan berdaya saing selaras dengan hasrat tersebut, maka UMK khususnya PBI mengambil inisiatif mengadakan persidangan antarabangsa ummah 2018.

“Persidangan ini menjadi titik tolak kepada wadah kerjasama dan hubungan strategik dalam aspek penyelidikan antara ahli akademik dalam dan luar negara untuk sama-sama kita manfaatkan demi kebaikan dan kelangsungan ummah keseluruhannya,” katanya pada majlis perasmian ICU 2018 CLS, di Hotel Grand Riverview, Kota, Bharu, pada 31 Oktober 2018.

Ucaptama dan pembentang jemputan disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid Profesor Dr. Supyan Husin (UKM), Profesor Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman (UKM), Profesor Madya Dr. Zulazhan Abdul Halim (UniSZA) dan Prof. Madya Dr. Titiek (Universiti Bengkulu).

45085069 2006402549414436 7047289447171227648 oSementara itu, Pengarah Program ICU 2018 CLS, Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff, penganjuran utama seminar ini bertujuan menyediakan platform perbincangan berkaitan pembangunan dan kelestarian ummah dan komponennya melalui perkongsian antara penyelidik dalam konteks pelaksanaan agenda ketamadunan, kelestarian dan bahasa.

Katanya, ICU CLS 2018 ini amat penting   kerana merupakan suatu medium mencari pelbagai initiatif pelaksanaan agenda tamadun bangsa serta mengetengahkan segala cabaran untuk ditangani.

“Persidangan itu juga bertujuan menyediakan ruang untuk berkongsi pandangan dan idea praktikal dalam usaha membangunkan tamadun bangsa dengan tumpuan kepada isu-isu kemanusiaan, bahasa dan tamadun serantau.

“Oleh itu, saya ingin menjemput semua peserta terlibat secara aktif dalam seminar ini, memberikan pandangan dan cadangan dalam meningkatkan transformasi ke arah pembangunan Ummah yang lebih berdaya saing menghadapi cabaran semasa dan akan datang,” jelas beliau.

Tambahnya, persidangan ini tidak mungkin direalisasikan tanpa penglibatan pembentang-pembentang kertas kerja dan juga pengucaptama serta penceramah jemputan berdasakan kepada kepakaran masing-masing.

“Saya berharap ICU 2018 CLS ini akan merangsang aktiviti penyelidikan dan kerjasama dalam pelbagai aspek khususnya isu ketamadunan, kelestarian dan bahasa,” katanya.

Persidangan ini turut mendapat kerjasama daripada Universiti Bengkulu Indonesia dan juga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) dan pejabat Timbalan Naib Canselor (P &I) UMK.

45077218 2006405099414181 655475772454076416 o

Read 90 times Last modified on Thursday, 01 November 2018 14:01
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search