Latest News

MANTAN TIMBALAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DILANTIK NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN YANG BAHARU

49947849 2101421419912548 5642881157658836992 o

PENGKALAN CHEPA 6 Januari I MANTAN Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, PROFESOR DR. NOOR AZIZI ISMAIL dilantik sebagai NAIB CANSELOR Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang BAHARU menggantikan Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar. 

Pelantikan  Profesor Dr. Noor Azizi Ismail sebagai Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selama tiga tahun berkuatkuasa mulai 7 Januari 2019 sehingga 6 Januari 2022.

Prof. Dr. Noor Azizi merupakan profesor dalam bidang Perakaunan dan Sistem Maklumat. Beliau memulakan khidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1995 sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi pada Julai 2017. 

Ketika di UUM beliau telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran. Antara jawatan utama yang pernah disandang beliau ialah Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah (2 tahun), Dekan Sekolah Perniagaan Siswazah (5 tahun) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Beliau terlibat secara langsung dalam proses memperolehi akreditasi antarabangsa untuk UUM seperti ABEST21 (Jepun), AMBA (UK) dan AACSB (US) semasa menjadi Dekan Sekolah Perniagaan Siswazah.

Prof. Dr. Noor Azizi juga cemerlang  dalam penyelidikan, penerbitan dan perundingan serta mempunyai jaringan luas dengan industri. Sepanjang  berkhidmat di UUM beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali serta anugerah industri oleh SAS bagi kategori Lecturer Excellence Award.

Manakala di peringkat antarabangsa beliau pernah menerima anugerah Innovation Leadership Award (2011) dan Education Leadership Award (2013) oleh CMO Asia’s Best Business School Award. Terbaru beliau dianugerahkan Movers & Shakers Award (2018) oleh Asia HRD Awards.

Beliau pernah mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Harvard Business School, Kellogg School of Management dan Australian Institute of Management. 

Pelantikan beliau adalah menerusi surat dari Menteri Pendidikan, YB. Dr. Maszlee Malik selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan.

Sempena pelantikan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato' (Dr.) Hussamuddin Hj Yaacub, merakamkan ucapan tahniah dan syabas diatas pelantikan Prof. Dr. Noor Azizi sebagai Naib Canselor baharu UMK.

Beliau percaya dengan pengalaman ketika berkhidmat di Jabatan Pendidikan Tinggi yang menjadi tempat rujukan kepada semua Universiti di Malaysia akan membawa inspirasi dan perspektif baharu kepada UMK khususnya dalam pembangunan akademik, pembangunan insaniah, kebolehpasaran graduan selari dengan agenda Universiti berteraskan Keusahawanan

“Selain itu, bidang tugas serta pengalaman luas dalam pentadbiran universiti sebelum ini dan kelayakan cemerlang juga dapat mempertingkatkan lagi imej dan prestasi UMK,” katanya.

Sementara itu, Dato' (Dr.) Hussamuddin, turut mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kepimpinan dan sumbangan oleh Prof. Dato’ Dr. Husaini, selaku mantan Naib Canselor UMK diatas khidmat bakti kepada pembangunan akademik khususnya dalam memperkasakan agenda keusahawanan menerusi penubuhan Pusat Keusahawanan Sosial di UMK.

Justeru itu, pihak pengurusan tertinggi universiti dan warga UMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan sumbangan Prof. Dato’ Dr. Husaini.

Prof. Dato’ Dr. Husaini mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Prof Dr. Noor Azizi sebagai Naib Canselor UMK yang baharu.

Beliau menyeru semua warga UMK memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada Naib Canselor yang baharu untuk kecemerlangan UMK bagi kesejahteraan dan kegemilangan seluruh warga UMK.

Read 179 times Last modified on Sunday, 06 January 2019 08:21
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 15 Jan 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search