Latest News

JENAZAH AMIRAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

49560054 2403613669865776 1645293626252591104 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Abdul Halim Hafiz

KOTA BHARU 7 Januari I Jenazah graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Allahyarhamah Amirah Mohd Zahari, 25, selamat disemadikan pada pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Belukar Cherang, Kampung Pasir Badak, Ketereh, sebaik sahaja selesai solat jenazah di kediaman keluarganya pagi tadi.

UMK 6753

Allahyarhamah Amirah yang menghidap penyakit gangguan saraf meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pasir Badak, Ketereh selepas hampir sebulan keluar dari Wad 3 Utara, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 13 Disember lalu.

Kira-kira hampir 100 ahli keluarga dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allayarhamah Amirah.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar turut menziarahi keluarga Amirah.

Noriah Mamat, 55, ibu Allahyarhamah Amirah berterima kasih kepada semua pihak termasuk UMK yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah sehingga selesai.

Katanya, pihak kami sekeluarga tidak dapat membalas jasa baik semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah yang telah kembali ke rahmatullah sebaik kesihatannya semakin lemah pada petang kelmarin.

Noriah berkata, sejak dibenarkan keluar hospital pada bulan lalu kesihatan Allahyarhamah Amirah agak beransur baik dan berselera untuk menjamah makanan.

Katanya, namun sejak empat hari kebelakangan ini Allahyarhamah kurang berselera untuk makan.

“Keadaan Allahyarhamah semakin serius serta kritikal kira-kira jam empat petang sehinggalah kira-kira jam 6.20 petang Allahyarhamah dengan mudah meninggalkan kami sekeluarga.UMK 6779

Noriah berkata, mengulas mengenai Istiadat Konvokesyen Mini UMK pada 13 Disember lalu Allahyarahamah Amirah melahirkan rasa gembira dan majlis itu amat bermakna dan menggembirakannya.

“Allahyarhamah ada menyuarakan rasa gembira dengan majlis itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK (Seksyen Kaunseling, Kerjaya & Alumni HEPA), Encik Mohd Hafiz Rosli berkata Allahyarhamah Amirah merupakan salah seorang graduan UMK yang cemerlang serta aktif menyertai pelbagai aktiviti anjuran Universiti semasa di UMK.

Katanya, pemergian beliau satu kehilangan buat Universiti dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat," katanya.

UMK 6787

Read 135 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 15 Jan 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search