Latest News

HEPA UMK SEDIAKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN KEPADA PELAJAR OKU

ABH 2873

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Abdul Halim Hafiz

BACHOK 8 Januari I Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) mengambil insiatif menyediakan kemudahan pengangkutan kepada dua pelajar Kelainan Upaya (OKU) bagi menghadiri peperiksaan Akhir Semester September 2018/2019.

Kemudahan itu disediakan kepada dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Teknologi (FTKW) iaitu Siti Nurfarah Hanim Azman dan Nur Aida Razani untuk berulang-alik dari Kolej Kediaman IBS UMK Bachok ke dewan peperiksaan .

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kemudahan pengangkutan ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Universiti bagi memberi kemudahan kepada pelajar OKU.

ABH 2892 1Katanya, kemudahan ini untuk memudahkan pergerakan pelajar kurang upaya menghadiri peperiksaan berdasarkan jadual peperiksaan yang ditetapkan.

“Pelajar daripada golongan OKU ini sentiasa diberi keutamaaan khususnya berkaitan hal ehwal pelajar dan kebajikan untuk memberi keselesaan kepada golongan istimewa ini, “ katanya.

Dalam pada itu, HEPA sedang menimbang untuk menaiktaraf kemudahan atau Mesra OKU dengan bercadang mewujudkan lif khas untuk kegunaan pelajar OKU di setiap bangunan makmal, bilik kuliah dan pejabat pentadbiran.

Selain itu, kemudahan prasarana itu turut membabitkan laluan berbumbung (Metal Deck Covered Walkway) dari asrama ke bangunan kuliah, makmal, pejabat untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang berkerusi roda.

“Kemudahan itu juga membabitkan tambahan cecondong (concrete ramp) untuk pengguna berkerusi roda disetiap bangunan, handrail bagi setiap laluan cecondong (mild steel hollow handrail).

“Kerjasama dengan pihak Pejabat Pembangunan Universiti UMK dan fakulti di setiap kampus adalah penting bagi menjayakan hasrat dan usaha ini untuk memberi kemudahan terbaik kepada OKU,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurfarah Hanim anak kelahiran Besut, Terengganu, merakamkan ucapan terima kasih kepada pejabat HEPA di atas inisiatif menyediakan kenderaan khas untuk kami berdua.

Katanya, melalui kemudahan ini membuktikan pihak universiti mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan berharap pejabat HEPA dapat meningkatkan lagi infrastruktur kepada golongan OKU bagi memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar sepertinya untuk meneruskan pengajian dengan lebih selesa.

“Dengan adanya kemudahan prasarana untuk OKU, pelajar daripada golongan ini dapat belajar dengan lebih baik dan tiada gangguan.

“Universiti mesra OKU adalah penting kerana kemudahan atau prasarana ini adalah untuk kegunaan pelajar di masa hadapan supaya mereka dapat menuntut ilmu dengan selesa,” jelasnya.

Beliau menambah, pada awalnya saya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampus tambahan pula perlu naik dan turun lif untuk menghadiri kuliah.

“Biar pun serba kekurangan, saya perlu berdikari kerana saya tekad untuk belajar meskipun dilahirkan sebagai OKU dan ini bukan pengakhiran bagi saya untuk mengharungi cabaran walau berdepan pelbagai kesukaran.

“Saya mahu buktikan bahawa golongan OKU boleh berjaya dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang normal jadi apa pun rintangan dan halangan saya mesti kuat tambahan pula terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Manakala rakannya, Nur Aida, pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, turut bersyukur kerana pihak HEPA UMK begitu menyokong dan prihatin terhadap nasib golongan OKU.

Beliau yang merupakan anak jati Kelantan sangat-sangat bersyukur dapat sambung belajar di UMK kerana memperoleh peluang belajar di kampung sendiri dan akan memanfaatkan peluang yang ada untuk belajar dengan sebaik mungkin.

“Saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berharap universiti dapat memberi kemudahan kepada golongan OKU dengan meningkatkan prasarana dan infra yang lebih baik.

“Universiti Mesra OKU adalah sangat penting kerana ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat luar terutamanya golongan istimewa ini untuk menuntut ilmu dengan selesa,” katanya.

ABH 2903 1

Read 596 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 25 June 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search