Latest News

MPPUMK SAMBUT BAIK LARANGAN MEROKOK DI UNIVERSITI

merokok

Oleh    : Pusat Hal Ehwal Korporat
Illutrasi : Nur Fadzli Abu Hassan

PENGKALAN CHEPA 13 Januari I Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MMPUMK) menyambut baik cadangan oleh Kementerian Kesihatan untuk meluaskan lagi kawasan larangan merokok di institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti.

Rata-rata warga Universiti Awam (UA) menyokong 100 peratus cadangan ini untuk dipertimbangkan oleh kementerian bagi melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

Yang Dipertua MPPUMK, En. Muhammad Ikhram Ahmad Shafri berkata, perintah larangan merokok di kawasan kampus perlu dikuatkuasa serta merta seperti penguatkuasaan larangan merokok di bangunan Parlimen dan premis menjual makanan pada tahun ini

Katanya, perkara ini kerana adalah penting kerana kita mahu mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni di kawasan Universiti.

“Justeru, larangan ini penting bagi melindungi pelajar di Universiti terutamanya yang tidak merokok.

“Kita tahu ramai mahukan prasarana yang sihat atau dalam kata lain tempat menuntut ilmu perlu lah dalam keadaan sihat,” katanya.

Beliau turut yakin para pelajar di UA bersetuju dan menyokong larangan ini dikuatkuasa serta merta.

“Ini kerana para perokok juga sedia maklum bahawa aktiviti ini mampu mengganggu keselesaan pelajar lain malah merokok juga mampu memberi impak yang tidak sihat kepada pelajar.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan perumpaan ini tepat ditujukan kepada perokok kerana kita sedia maklum bahawa ada kalangan pelajar yang tidak tahan dengan bau asap rokok,” jelasnya.

Menurut En. Muhammad Ikram, selain suasana yang tidak menyenangkan asap rokok juga memberi memberi kesan yang buruk kepada pelajar dan mengakibatkan penyakit-penyakit melibatkan pernafasan seperti sesak nafas dan asthma.

“Oleh demikian kita tidak mahu perkara perkara seperti ini berlaku kepada pelajar dan pihak MPP bersetuju dengan larangan ini kerana kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.

“Kami berharap mengharapkan agar aktiviti yang kurang sihat ini dapat dijauhkan dari suasana sihat di Universiti sama ada dari kalangan pelajar yang merokok dan pihak pihak yang terlibat dengan Universiti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar berkata agenda Kemnterian Kesihatan adalah langkah tepat bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih yang kondusif.

"UMK sudah lama mengeluarkan arahan larangan merokok dalam kawasan pengajian dan tiada aktiviti merokok secara terbuka dikenal pasti setakat ini," katanya.

Katanya UMK juga mengambil pendekatan mengenakan tindakan tatatertib selain memberi amaran keras kepada pelajar gagal mematuhi larangan berkenaan.

Read 656 times Last modified on Wednesday, 16 January 2019 16:45
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 July 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search