Print this page

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN BANTU PENUNTUT TAHUN AKHIR UMK

50699257 2410598525833957 5669950725912788992 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Ab. Halim Hafiz Ab. Aziz

50628570 2410598639167279 2691753165153370112 nMACHANG 16 Januari I Pelajar semester akhir Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Abdul Halim Mat Hassan yang menghidap kanser pangkal hidung menerima kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli pada program Ziarah Prihatin di kediamannya di Kampung Kok Kiak Baka, Machang, Kelantan, pagi tadi.

Beliau merupakan penuntut Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera), terpaksa menangguhkan program latihan industri pada awal tahun 2018 ekoran penyakit yang dialaminya semakin kritikal dan serius.

Sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada pelajar, pihak Pengurusan UMK yang diketuai oleh Prof. Dr. Zaliman telah menghulurkan sedikit sumbangan selepas mengadakan kunjungan ziarah prihatin ke rumah pelajar tersebut.

Abdul Halim merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik itu terpaksa menangguhkan pengajian selepas disahkan menghidap kanser untuk menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Kesan daripada radioterapi menyebabkan saluran pernafasan sempit dan telah menjalani pembedahan di leher memasukkan tiub di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Turut hadir, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Pembelajaran) FTKW, Dr. Norazlinda Mohamed Rosdi, wakil daripada Pusat Kesihatan UMK, Dr. Aswan Ismail, Penolong Pendaftar Kanan HEP, Encik Mohd Saffiri Ibrahim dan Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar (Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar), Puan Noorafnie Edura Ab Manaf dan Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar UMK, Noor Azizi Othman.

49914569 2410598605833949 466784841094922240 n

Read 1108 times Last modified on Sunday, 20 January 2019 15:27
Rate this item
(0 votes)