Latest News

REBANA VERSI PINTAR LARIS DI JUALAN DALAM TALIAN

0I1A1185
 
Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat 
Foto : FTKW & Al Azam Razi
 
BACHOK 22 Januari I Rebana versi pintar yang dihasilkan oleh 24 pelajar tahun tiga subjek Seni Persembahan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) habis ditempah dalam tempoh 48 jam selepas dipasarkan di aplikasi jualan dalam talian. 
 
10 unit rebana versi pintar itu yang dijual dengan harga RM900 adalah lebih  murah berbanding dengan harga alat muzik tradisional di pasaran ekoran keunikan serta kelainan rekabentuk yang dihasilkan.
 
Kaedah inovasi baharu dalam pembuatan rebana versi pintar mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan alat muzik tradisional  kerana bahan-bahan asasnya menggunakan skin drum sebagai pengganti belulang kambing atau biri-biri. 
 
Manakala bahan-bahan asas lain terdiri daripada besi plate kereta terpakai, kayu pokok mangga kampung dan rotan. 
 
Walaupun bahan-bahan yang digunakan terdapat kelainan namun apabila dipalu atau dipukul dapat menghasilkan bunyi yang sama dengan rebana tradisional.
 
0I1A1165Menurut Pensyarah muzik Seni Persembahan FTKW, En. Aswawi Isa, pembuatan rebana versi baharu di hasilkan melalui bengkel pembuatan rebana anjuran FTKW dengan objektif utama
melahirkan pelapis dikalangan pelajar UMK yang serba boleh dalam industri muzik.
 
Beliau berkata, bengkel ini juga berjaya mewujudkan keboleh pasaran produk UMK dalam segala aspek seni seperti pembuatan, permainan dan pasaran produk.
 
“Selain itu, dapat melahirkan pelajar mahir dalam urus niaga yang selari dengan agenda UMK sebagai universiti keusahawanan dalam bidang pembuatan produk.
 
“Inovasi ini bukan saja membolehkan alat muzik tradisional iaitu rebana dapat dilestarikan sebagai warisan tidak ketara tetapi perkara yang lebih penting ialah dapat  menyambung usaha mewariskan kemahiran pembuatan rebana dengan menghidupkan kembali tradisi muzik ini,” katanya pada majlis perasmian penutup bengkel di Kemayang Lagoon Restoran Pantai Kemayang Resort, Bachok, Kelantan, pada 14 Januari 2019.
 
Tambah beliau, pemilihan rebana di pilih dalam sesi bengkel ini ialah kerana pembuatan alat muzik  ini semakin pupus sedangkan alat ini sangat popular dalam industri muzik pada masa kini.
 
“Tambahan pula, terdapat Universiti Awam yang menawarkan pengajian subjek teknik seni persembahan rebana seperti di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). 
 
“Manakala UMK hanya menawarkan subjek pengajian pembuatan rebana kepada pelajar seni persembahan di FTKW.
 
Menurut En. Asmawi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Awi memberitahu asal usul rebana merupakan sejenis alat muzik tradisonal dalam klasifikasi membranofon yang berasal dari Timur Tengah dan sumber laman web Duta Islam melaporkan alat muzik rebana pertama kali dimainkan adalah pada sambutan  Rasulullah SAW daripada Mekah ke Madinah.
 
Katanya, rebana walaupun ditimpa kepupusan tetapi masih digunakan khususnya untuk mengiringi acara khitanan, pernikahan, kesyukuran, persembahan tarian dan peringatan-peringatan Islam. 
 
“Alat muzik tradisonal ini juga dilihat sebagai media hiburan dengan mempunyai fungsi utama untuk mempersembahkan norma budaya dan agama terhadap masyarakat melalui syair-syair yang dikumandangkan. 
 
rebana“Proses menghasilkan alat  muzik secara tradisional agak rumit  kerana diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit kambing dan biri-biri,” katanya.
 
Cikgu Awi berkata rebana mempunyai satu permukaan kulit gendang dan kulit tersebut adalah kulit  kambing. 
 
“Kulit gendang ini dikenali sebagai belulang (kulit haiwan yang kering) yang berfungsi apabila permukaan rebana itu dipalu atau dipukul untuk menghasilkan bunyi. 
 
“Kos pembuatannya agak mahal namun dengan bengkel yang dianjurkan kita berjaya meminimakan kosnya dengan harga RM150 sahaja,” jelas beliau.
 
Katanya, ini antara elemen kelainan Rebana versi pintar rekaan pelajar FTKW bagi menghidupkan tradisi muzik ini. 
 
“Selain itu, bukan mudah untuk menyiapkan rebana ini kerana ia mengambil masa yang lama.
 
“Rebana sangat dikenali di negeri Kelantan kerana rebana bukan alat muzik calang-calang untuk dimainkan. 
 
“Pemain perlu menjiwai alunan muzik paluan secara semula jadi kerana dalam paluan, perlu ada lengkok dalam gerakan sera emosi, barulah ia menghasilkan rentak yang menarik,” katanya.
 
Menurutnya lagi, untuk menghasilkan instrumen rebana yang menarik perlu mempunyai irama yang harmoni. 
 
Rebana merupakan sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian rakyat dalam sesuatu majlis. Irama dan rentak yang terdapat dalam muzik rebana ialah “TAK (T)” dan “DUNG (D)”.
 
Lazimnya rentak yang dimainkan oleh rebana ialah untuk persembahan zapin, masri, inang, joget dan canggung.
 
Cikgu Awi berkata, masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. 
 
“Tepukan rebana mengiringi lagu-lagu tradisonal seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk. 
 
rebanaManakala di Kelantan, rebana dimainkan secara berkumpulan dengan diiringi nyanyian lagu dalam Bahasa Kelantan. 
 
“Lagu dinyanyikan dengan paluan rebana yang kuat sambil tersenyum. 
 
Reaksi penyanyi dan pemain rebana tersebut membuatkan para penonton tersenyum dan gembira. 
 
Justeru, terdapat beberapa kelainan yang disampaikan oleh masyarakat Kelantan dalam memainkan alat muzik ini dengan masyarakat lain.
Read 1490 times Last modified on Wednesday, 23 January 2019 09:31
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 18 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search