Print this page

PROGRAM MOBILITI PELAJAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR 2019 UMK-BEIJING

2

Teks dan Foto : En. Nik Zulkamal Nik Hassan

BEIJING : Enam pelajar daripada Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai program mobiliti antarabangsa ke Beijing, China anjuran International Veterinary Student Association (IVSA) yang diadakan bermula 24 Januari hingga 5 Februari 2019.

1Program pertukaran pelajar selama dua minggu itu bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar UMK menimba pengalaman baharu di luar atau dalam negara secara berkredit atau tidak berkredit.

Program mobiliti dan pengantarabangsaan ini akan terus diperkasa sebagai asas dalam usaha melahirkan usahawan UMK dalam kelasnya yang tersendiri.

Program ini merupakan program berkala yang dianjurkan oleh IVSA yang melibatkan para pelajar veterinar dari pelbagai Negara yang diadakan pada setiap cuti semester di negara-negara berbeza.

Antara negara yang terlibat ialah Korea, Indonesia dan China.

Aktiviti program mobiliti pelajar ini meliputi lawatan ke Beijing University of Agriculture, China Agricultural University, Chinese Medicine Museum, The Summer Palace, Zoo, Forbidden City dan banyak lagi tempat menarik yang bakal dijejaki oleh pelajar-pelajar tersebut.

5Sebelum itu, seramai sembilan pelajar IVSA Beijing telah melawat UMK pada 1 hingga 7 September 2018.

Delegasi daripada IVSA Beijing telah diberikan pendedahan berkaitan budaya Malaysia serta kehidupan Pelajar Fakulti Veterinar UMK.

Rombongan ini diketuai oleh pelajar tahun dua program FPV, Zakiah Marzuki, dan lima pelajar veterinar yang terpilih mengikuti program pertukaran ini.

UMK akan meningkatkan lagi program-program pertukaran pelajar untuk kursus-kursus berlainan bagi memberi pendedahan yang meluas kepada mahasiswa dan mahasiswi sekali gus meningkatkan prestasi dan kualiti UMK ke arah yang lebih baik.

Hal ini terbukti dengan jelas apabila pihak Pengurusan Tertinggi UMK yang diketuai oleh Naib Canselor UMK, Prof Dr. Noor Azizi Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof.Dato’ Dr. Hj Ibrahim Bin Che Omar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Zaliman Bin Sauli telah mengadakan perbincangan secara ‘Skype’ bersama Pengarah Pendidikan Malaysia di Beijing, China, Encik Abdul Aziz How Abdullah bagi merencanakan lebih banyak peluang & ruang yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kualiti keusahawanan UMK ke tahap keusahawanan global.

 

Read 1479 times
Rate this item
(0 votes)