Latest News

KAEDAH RAWATAN ISLAM BUANG PERJANJIAN DENGAN JIN (SAKA)

DSC 9515

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Mohd Hafiz Mohd Fauzi &

BACHOK : Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah spiritual dan gangguan makhlus halus tidak menyedari bahawa kaedah rawatan Islam boleh merawat punca masalah khususnya berkaitan dengan sihir mahupun saka.

DSC 9498Justeru, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di bawah geran Fundamental Research Grant Scheme ( FRGS) telah mengadakan Bengkel Penyelidikan Tentang SAKA bertempat di Auditorium Rebana Ubi, UMK Kampus Bachok, pada 24 Januari 2019.

Bengkel sehari itu telah menjemput penceramah dan tokoh perubatan Islam terkenal dari Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Tn Hj. Mokhtar Kassan.

Menurut Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi ) PBI, Prof. Madya Dr Yohan Kurniawan, objektif utama penganjuran bengkel ini sebagai perkongsian pengetahuan berhubung saka berdasarkan pendekatan rawatan perubatan Islam.

Beliau berkata, masih terdapat di kalangan masyarakat pada hari ini tidak tahu dan kurangnya kesedaran tentang saka.

“Selain itu, masih berlaku kesilapan pandangan tentang jin saka atau pengaruh sihir yang menyebabkan perasaan takut kepada masyarakat.

“Bahana sihir dan pengaruh saka boleh menyebabkan berlakunya gangguan berupa penyakit fizikal, gangguan emosi, ketidak matangan personaliti dan gangguan secara mental.

“Gangguan ini boleh mempengaruhi hubungan interpersonal seperti rumah tangga terpecah/perceraian, hubungan dengan sahabat menjadi rosak dan perbuatan yang negatif seperti curang, berjudi, mabuk dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Dr.Yohan berkata, pada bengkel itu peserta didedahkan tentang jin saka dan bezanya dengan jin yang bukan termasuk golongan saka.

Katanya, jin saka adalah jin yang diturunkan atau diwariskan kepada ahli keluarga atau murid serta pengikut seseorang.

“Jin yang dimiliki oleh seseorang tetapi tidak diturunkan tidak termasuk jenis jin saka.

“Daripada penerangan oleh penceramah jemputan bahawa perjanjian dengan saka dapat diputuskan dengan menggunakan beberapa kaedah secara Islam,” jelas beliau.

Menurut Dr. Yohan, membela saka dapat memberikan kesan negatif kepada kehidupan seseorang dan keluarganya, terutamanya saka yang menuntut pemiliknya memberi “makan”, apabila terlupa memberi “makan” biasanya saka ini akan menyebabkan gangguan kepada pemiliknya.

“Dengan adanya, bengkel ini masyakat dapat menambah dan meluruskan pengetahuan masyarakat tentang saka.

“Selain itu, mewujudkan minat dalam kalangan staf akademik di UMK untuk mengkaji dan meneroka rawatan perubatan Islam secara saintifik.

“Secara tidak langsung platform ini merapatkan hubungan antara UMK, khususnya PBI dengan Pusat Rawatan Islam Darussyifa khususnya dapat bekerjasama dan perkongsian kepakaran berhubung kaedah rawatan Islam,” katanya.

Seramai 180 orang peserta daripada luar UMK (Darussyifa) dan warga UMK hadir pada bengkel sehari tersebut.

Turut diadakan perkhidmatan kaedah rawatan Islam oleh Pusat Rawatan Islam Darussyifa.

DSC 9477

Read 12170 times
Rate this item
(2 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search