Latest News

UMK GARIS LAPAN ASPIRASI DALAM MEMPERKASAKAN KEUSAHAWANAN UNIVERSITI

50881467 2133720480015975 6849571302009733120 o

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab Aziz

PENGKALAN CHEPA 26 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan lapan agenda utama sebagai pelan tindakan bagi mendorong pelaksanaan konsep inklusiviti yang menyumbang kepada pemerkasaan keusahawanan di Universiti.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, lapan aspirasi ini adalah untuk memastikan UMK berada di atas landasan yang tepat dan seterusnya signifikan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara serta global.

Justeru, kekuatan UMK dalam bidang keusahawanan perlu diperkasakan secara lebih berstrategi, termasuk dari aspek sistem sokongannya.

“Bagi mengukuhkan agenda keusahawanan itu UMK perlu menerapkan nilai kebersamaan, tadbir urus yang baik, pembangunan modal insan seimbang, akademik berasaskan keperluan masa hadapan, lonjakan penyelidikan dan inovasi, pemerkasaan keusahawanan, imej UMK dan keterlihatan media serta jalinan (engagement) dan koloborasi.

“Dalam konteks ini, kita perlu bekerja bersama dan bersatu hati ke arah memperkasakan UMK sebagai sebuah Universiti Keusahawanan yang unggul.

50799464 2133728056681884 8402569237872246784 o“Setiap kejayaan dalam sesebuah organisasi bergantung kepada sistem tadbir urus yang cekap dengan mewujudkan semangat kebersamaan atau semangat kekitaan (sense of belonging) dalam setiap organisasi,” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor UMK 2019 dan Majlis Mengenang Jasa, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Dato (Dr) Hussamuddin Yaacub dan Mantan Pengerusi LPU, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Hadis sama, mantan Naib Canselor UMK, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Zainai Mohamed, Prof. Dato’ Dr. Raduan Che Rose, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed dan Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.

Menurut Prof. Dr. Azizi, UMK juga memiliki daya keusahawanan yang luar biasa dimana kekuatan dan potensi yang ada di Universiti serta sokongan dari pelbagai pemegang taruh yang boleh dimanfaatkan untuk merealisasikan UMK sebagai Universiti Keusahawanan.

Katanya, justeru universiti perlu mengembleng dua kekuatan iaitu kekuatan dalaman UMK dan pemegang taruh untuk bersama menjadikan UMK lebih gemilang.

Sementara itu, UMK turut  memberi penekanan kepada lima aspirasi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UMK, bagi menjadikan UMK sebagai sebuah Universiti Keusahawanan yang dihormati di Asia.

Katanya, UMK sebagai sebuah universiti yang perlu menekankan kepada elemen pratikal dalam menyampaikan pengetahuan dan pengalaman keusahawanan serta penglibatan komuniti dalam proses pembelajaran.

“Selain itu, universiti perlu menilai kembali visi, misi, objektif dan strategi untuk menjadikan UMK sebagai Universiti Keusahawanan terbaik bukan sahaja di Malaysia namun turut dihormati di peringkat antarabangsa.

“UMK juga disarankan untuk menerapkan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup kepada pelajar muslim selain mempratikkan mood universal values seiring dengan jolokan Kelantan sebagai negeri serambi Mekah,” jelas beliau.

Beliau juga mahu UMK mampu melahirkan pelajar yang cergas minda, rohani dan jasmani serta menjadikan  teknologi sebagai pemangkin dan pengupaya (enabler) dalam semua aspek.

Prof. Dr. Noor Azizi berkata, UMK juga bukan sahaja boleh melahirkan usahawan tetapi modal insan yang berminda usahawan.

Katanya, untuk menggalas amanah itu UMK menjadi universiti awam pertama menawarkan program pengajian berteraskan keusahawanan dengan menawarkan 12 jam kredit pada peringkat prasiswazah.

“Oleh itu, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek keusahawanan dalam semua jurusan terutama pelajar dalam bidang keusahawanan.

“Keberadaan subjek ini dapat membantu graduan sebagai ‘job creator’ untuk membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan,” jelasnya.

Tambahnya,  pada tahun 2018 sebanyak 376 buah syarikat siswa universiti (SSU)  telah ditubuhkan membabitkan penglibatan 703 pelajar.

“Kebolehpasaran graduan dalam bidang keusahawanan ini juga meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun 2017,”katanya.

50739432 2133725683348788 8269577284948590592 o

Read 1102 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 18 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search