Print this page

UMK TERIMA SUMBANGAN ZAKAT KORPORAT SSM

WhatsApp Image 2019 01 29 at 9.26.30 AM
Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Al Azam Razi
KOTA BHARU 29 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan zakat berjumlah RM20,000 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan.
Majlis penyampaian replika cek itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Zaliman Sauli, sempena Karnival Youngpreneurs Go (YPGo) anjuran SSM di Politeknik Kota Bharu (PKB).
 
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dato’ Muez Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Nor Mazlan Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rosli Ahmad.
 
Menurut Prof. Dr. Zaliman,  pemberian sumbangan zakat ini dapat membantu pelajar asnaf UMK serta pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.
 
Beliau berkata, sumbangan zakat ini adalah kali kedua diterima oleh UMK daripada pihak SSM untuk  diagihkan kepada pelajar asnaf.
 
“Pihak UMK akan mengagihkan sebanyak RM200 kepada 100 pelajar asnaf yang layak,” katanya.
 
Sementara itu, Prof. Dr. Zaliman, berkata pihak UMK bersedia menjadi tuan rumah untuk Karnival YPGo anjuran SSM pada tahun hadapan.
 
Katanya, selaku Universiti Keusahawanan di negara ini adalah antara faktor UMK bersedia untuk sebagai tuan rumah pada Karnival tahunan YPGo.
 
"UMK Kampus Kota yang terletak secara strategik memberi kemudahan untuk akses kepada orang ramai  bersama-sama memeriahkan Karnival YPGo,” katanya.
 
Tambah beliau, karnival ini telah diperkenalkan sejak 2017 hasil daripada inisiatif SSM yang telah memperuntukkan sebanyak RM 10 juta kepada pelajar Universiti Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dibawah skim 1Pelajar 1Perniagaan iaitu pendaftaran perniagaan secara percuma bagi membantu melahirkan generasi baharu usahawan yang berjaya.
 
“Karnival YPGo adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar menceburi perniagaan dan menjadikan perniagaan satu kerjaya pilihan.
 
“Karnival ini secara tidak langsung menyalurkan informasi berkaitan, geran, dana dan pembiayaan pinjaman yang disediakan agensi kerajaan dan institusi kewangan di negara ini,” katanya.
 
WhatsApp Image 2019 01 29 at 9.26.29 AM
Read 1772 times Last modified on Tuesday, 29 January 2019 10:40
Rate this item
(0 votes)