Latest News

KOR SUKSIS UMK TAMBAH BAIK SILIBUS PEMBELAJARAN LATIHAN KESELAMATAN

UMK 0733

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Ab Halim Hafiz Ab Aziz

UMK 0891

JELI I Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu menambah baik silibus pembelajaran dalam konteks yang lebih mencabar khususnya meliputi aspek keselamatan dan kesejahteraan negara.

Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, SUPT. Sheik Azhar Sheik Omar berkata, penambahbaikan adalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran kepada pelatih Kor-Suksis selari dengan keperluan semasa.

Beliau berkata, pelatih perlu lebih terdedah dan bergerak seiring dengan keperluan semasa serta relevan dengan kepesatan teknologi pada masa kini.

UMK 0777

“Pihak IPK Kelantan sendiri telah memberi pendedahan kepada khususnya program-program yang dianjurkan oleh PDRM dengan masyarakat bagi membolehkan pelatih memahami keperluan dan kehendak serta denyut nadi masyarakat masa kini,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Etika dan Pengurusan Integriti, Kursus Pertolongan Cemas dan Kursus Seni Mempertahankan Diri (SMD) serta Pengendalian T-Baton, di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, Kelantan, pada 24 Januari 2019.

Turut hadir, Pegawai Turus JPJKK Kelantan, DSP Rosli Kadir, Pegawai Latihan Luar Kor SUKSIS UMK; ASP/KS Mohd. Adzwan Kamaruzaman, ASP Wan Mohd Zaini bin Wan Sulaiman, Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMK; Kepten (PA) Aziz Abdul Rahman yang mewakili Pengarah Pertahanan Awam Kelantan dan Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli, ASP Nik Ahmad Kamil Che Ahmad

Seramai 198 orang Pelatih Kor SUKSIS UMK dari Skuad 2016, 2017 dan 2018 telah dilatih oleh 15 orang fasilitator dari pelbagai kontinjen dan telah menamatkan kursus dengan jayanya.

UMK 0971

Read 2028 times Last modified on Wednesday, 30 January 2019 17:16
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search