Latest News

23 ANGGOTA MPPUMK SESI 2018/2019 SERTAI KEM KEMPIMPINAN

23d2b570 5221 43ab 9698 b119455d6878

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Aiman Syazwan & HEP

TANAH MERAH I Dalam usaha meningkatkan jati diri dan kepimpinan para pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMK) Sesi 2018/2019 pada 2 hingga 4 Februari 2019.

9264022d c96a 4766 8b2f b6f7e73b0fcbProgram selama tiga hari itu diadakan di Putera Valley Resort and Trainning Centre, Tanah Merah, Kelantan.

Seramai 23 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar MPPUMK mengikuti kem tersebut.

Kem Kepimpinan ini menerapkan modul yang berteraskan Kepimpinan, Peneguhan Jati Diri Sebagai Pemimpin, Ketahanan Mental dan Fizikal serta Aktiviti dan Perancangan Strategik MPP bagi sepanjang tahun 2019.

Selain itu, barisan anggota MPPUMK juga didedahkan dengan ilmu-ilmu kepimpinan dan pengalaman baharu untuk diaplikasikan dalam urusan kehidupan seharian dengan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Pada kem tersebut turut diadakan sesi perkongsian mengenai perancangan aktiviti bagi takwim sesi MPP 2018/2019 dengan mendapat kerjasama dari pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi menyelaraskan lagi aturan program untuk ketiga-tiga kampus.

Sepanjang program berlangsung, semua ahli telah diajar untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan dalam menonjolkan keterampilan dan kemahiran sifat kepimpinan yang ada dalam diri masing-masing bagi memantapkan lagi sinergi yang ada dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

Pada kem itu, para peserta juga diberi kefahaman yang tepat untuk memastikan setiap pelajar memahami dasar-dasar universiti. Peserta juga diberi maklumat tentang peranan dan tanggungjawab selaku wakil kepada pelajar setiap kampus di UMK.

Disamping itu, pelajar juga diberi input tentang isu-isu semasa berkaitan pendidikan, ekonomi dan sosial dikalangan belia pada masa kini.

282b37ab e162 4a28 aeed 8eb6ab3cc4cf

Read 1374 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search