Latest News

PROGRAM MY TREE FOR MY FSB USAHA TANAM SPESIES POKOK TERANCAM

6

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

JELI I Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Noor Azizi Azizi bersama-sama Pengurusan Kanan Universiti menyertai program penanaman pokok My Tree For My FSB dengan objektif utama menceriakan dan mencantikan persekitaran bangunan Fakulti Sains Bumi (FSB), di UMK Kampus Jeli, pada 13 Februari 2019.

Bagi menyempurnakan gimik perasmian My Tree for My FSB, Prof. Dr. Noor Azizi secara simboliknya telah menyempurnakan proses menanam Pokok Bunga Tanjung atau nama saintifiknya Spanish Cherry Plant / Mimusops elengi manakala Pokok Cempaka Telur (Magnolia liliifera) ditanam oleh pihak pengurusan Universiti.

7Turut sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Bendahari UMK, Pn. Junaidah Badar, Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar dan Dekan FSB, Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak.

Pengarah Program My Tree For My FSB, Dr. Amal Najihah Muhamad Nor, berkata, program penanaman pokok landskap ini adalah sempena lawatan tapak Naib Canselor dan salah satu inisiatif FSB untuk merealisasikan hasrat menjadikan bangunan FSB sebagai sebuah kampus hijau dan bersih.

Beliau berkata, program tanam pokok oleh pengurusan kanan adalah kesinambungan daripada program penanaman pokok membabitkan 60 staf FSB yang telah diadakan pada 23 Januari 2019.

“Sebanyak 67 spesis pokok ditanam bagi program tersebut dan pemilihan pokok adalah berdasarkan spesis pokok hutan dan pokok buah yang semakin terancam dan sudah tidak dikenali oleh masyarakat pada masa kini.

“Selain usaha menceriakan landskap di FSB, program ini juga adalah sebagai satu usaha pemeliharaan spesis dan kepelbagaian bio di sekitar kampus,” katanya.

51652434 2157668390954517 5558439089847402496 n

Tambah Dr. Amal Najihah, program ini berkonsepkan penjagaan pokok persendirian sehingga matang, dimana setiap staff FSB bertanggungjawab memantau pembesaran dua batang pokok yang telah dipilih untuk ditanam sehingga matang.    

“Program ini juga telah berjaya memupuk hubungan silaturrahim di antara staff FSB dan sebagai perancangan jangka masa panjang bagi mengekalkan tahap kehijauan dan kualiti landskap sekitar FSB.

“Secara tidak langsung juga program ini meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pokok dalam memelihara alam sekitar agar sentiasa yang sihat, selamat, indah dan kondusif di FSB,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Amal Najihah berkata, program ini diharapkan dapat melahirkan semangat kerja dan meningkatkan kualiti kerja dengan persekitaran yang lebih kondusif dan sihat.

“Impak daripada program ini dijadikan satu sumber ekonomi atau sumber idea penyelidikan bagi fakulti di masa akan datang. Malah pelbagai program boleh dianjurkan yang memberi impak kepada fakulti dan juga masyarakat di masa hadapan sekiranya penjagaan yang rapi dijalankan,” jelas beliau.

9

Read 1107 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 30 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search