Latest News

UBAH MINDA, MANFAATKAN POTENSI DIRI – DATUK PROF. DR MUHAYA

52063607 2166541980067158 4659124464787652608 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi & Ab. Halim Hafiz Ab. Aziz

PENGKALAN CHEPA 17 Februari I Staf dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu berubah daripada berfikir negatif kepada berfikir secara positif dengan memanfaatkan potensi diri, keperibadian atau personaliti dengan memulakan niat baharu untuk berubah menjadi orang berjaya.

Pakar Motivasi dan Pakar Perunding Kesihatan Mata, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, berkata, sudah tiba masanya setiap daripada kita mengetengahkan elemen berubah daripada berfikir secara negatif kepada positif dan memberi respon positif kepada apa jua cabaran.

52774167 2166537416734281 2346243292666003456 nIni kerana katanya, mengubah keperibadian diri dan personaliti dari segi naluri dan kerohanian menjaga hubungan sesama manusia adalah salah satu cara untuk menjadikan diri insan yang beriman.

“Minda adalah akal fikiran yang mengawal tindak-tanduk manusia dan mengikut kajian mendapati mereka yang memiliki fikiran negatif akan menjadi lemah dan sebaliknya berfikiran positif boleh menguatkan diri.

“Justeru, reset minda dengan berprasangka baik kepada sesama manusia serta bertindak secara positif kerana kejayaan itu terdapat di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya,” katanya pada program motivasi bertajuk Reset Minda Dan Celik Hati Bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya, di Dewan Keusahawanan, Pengkalan Chepa, pada 17 Februari 2018.

Program anjuran UMK itu turut disokong dengan kerjasama oleh Prof. Muhaya Eye and Lasik Centre Sdn Bhd dan Fizo Omar Channel.

Ia turut menampilkan selebriti dan usahawan muda, Fizo Omar dan Talib Husin selaku moderator.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Encik Zulkifli Mohd Zan dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, Mohd Akhmal Abu Bakar.

52440830 2166537643400925 1861946027364319232 nTidak dapat dinafikan, kekuatan aura Datuk Prof. Dr. Muhaya berjaya menarik perhatian ramai apabila lebih 1000 staf dan pelajar UMK memenuhi Dewan Keusahawanan seawal jam 8.00 pagi menunggu kehadiran tokoh motivasi dan pakar kesihatan mata itu.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Muhaya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti, adalah amat penting bagi setiap staf membangunkan diri dengan meningkat motivasi diri dalam kehidupan harian.

Katanya, untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan kita perlu menjaga dengan baik minda/akal dan hati kerana untuk menghadirkan energi yang positif.

“Kita perlu fokus kepada pembangunan diri daripada hati yang buta kepada celik hati atau daripada mengejar cita-cita kepada mencari makna dalam kehidupan,” katanya.

51906417 2166540563400633 375840751143092224 nJusteru, untuk menjadikan diri kita insan yang beriman warga UMK perlu ada nilai kelakuan yang baik dan positif.

Sementara itu, Fizo Omar turut berkongsi pengalaman yang pernah diisytihar bankrap tetapi tetap berusaha dalam bisnes sehingga berjaya..

"Sebelum ini saya berada dalam zon selesa, hidup dalam dunia penuh glamour kerana menjadi selebriti memang egonya tinggi.

“Saya mula berniaga burger di tepi jalan tanpa rasa malu sebagai pelakon popular ketika itu sehinggalah bangkit dalam perniagaan penjualan burger dengan jenama Hot Burger menerusi perkhidmatan francais Hot Burger,” katanya.

Ekoran daripada kegagalan itu Fizo Omar bangkit semula dan berjaya membina empayar perniagaan yang disegani dengan memiliki empat syarikat.

52569206 2166541256733897 8924306467532570624 n

Read 340 times
Rate this item
(1 Vote)

What our Students say?

Latest Update: 21 Mac 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search