Latest News

PÉTANQUE SUMBANG PINGAT SULUNG UMK

image 6483441

KUALA NERUS 21 Februari I Pasukan Petanque Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menepati ramalan apabila merangkul pingat pertama kontingen pada Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Pantai Timur (SIPTAR) 2019.

Acara Petanque berjaya meyumbang dua pingat perak menerusi kategori men dan women triples pada hari pertama kejohanan yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), Kuala Nerus, Terengganu bermula 20 hingga 24 Februari 2019.

image 6483441 1Menurut Ketua Kontingen SIPTAR, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, kejohanan SIPTAR 2019 diadakan selama lima hari dengan penyertaan seramai 1,030 atlet daripada 26 IPT sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Katanya, dengan pencapaian ini, ia merupakan suntikan semangat dan platform terbaik untuk mengenalpasti dan memilih acara sukan dan atlet UMK ke peringkat yang tinggi bukan setakat untuk pantai timur sahaja.

Majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Kejayaan skuad petanque sekaligus menyaksikan kontingen UMK berada di tempat ketiga bagi kedudukan jumlah pingat dengan menyumbang dua perak pada hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, berkata kontingen UMK disertai seramai 65 atlet untuk enam acara iaitu Memanah (lelaki & wanita), Futsal (lelaki), Badminton Campuran, bola tampar (wanita), petanque (lelaki dan wanita serta acara bola jaring.

Beliau turut meletakkan sasaran sebanyak tiga emas dan satu perak pada kejohanan SIPTAR 2019 kali ini.

Menurutnya, penglibatan UMK pada SIPTAR adalah menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar bergiat dalam sukan dan rekreasi sebagai misi ke arah mahasiswa yang aktif dan sihat.

“Penyertaan dan komitmen pelajar ini adalah sebagai pembangunan pembentukan sahsiah diri dikalangan pelajar melalui program yang disediakan oleh pihak Universiti,” katanya pada majlis penyerahan bendera kontingen UMK ke kejohanan SIPTAR 2019, di Dewan Eksprimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

image 6483441 2

Read 453 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 25 June 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search