Latest News

UMK UNGGULI PENTAS MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2019

IMG 7212
Oleh  : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto  : Ab Halim Hafiz Ab Aziz
 
KUALA LUMPUR 23 Februari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya merangkul tujuh pingat emas, lapan pingat perak, tiga gangsa dan dua anugerah khas juri  pada pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 21 sehingga 23 Februari 2019.
Pada edisi kali ini, UMK telah menghantar sebanyak 18 penyertaan, dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan yang membabitkan 65 penyelidik daripada fakulti.
Dua pingat emas disumbang oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah menerusi produk inovasinya iaitu Activ Bio-Carbon Derived Charcoal Face Masker dan Bio-Char Organic Planting Mix.
Turut memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Juri iaitu The Best Awards (anugerah terbaik daripada pemenang pingat Emas) menerusi produk Soft Gelatin Capsule from Combination of Honey, Olive Oil and Black Seed Oil oleh Professor Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman.
IMG 7220Selain itu, turut menyumbang emas adalah produk SMEII: Small and Medium Enterprise Innovation-Based Capability and Competency Index oleh Prof. Madya Dr.Rosli Salleh, Prof Nik Maheran Nik Muhammad, Innovation of Batik Stamp As A Approach to Sustain The Heritage Value oleh En. Muhammad Najibul Muthiee Che Yacob, Integrated Kenaf Bio-Processing System – Biozyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) oleh Dr. Mardawani Mohamad dan produk Nano-Azo's- Green Nanoparticles for Mosquito Control oleh Dr. Mohamad Faiz Mohd Amin.
Sementara itu, produk Quasen - Aquaculture Cloud-Based Water Monitoring System oleh Dr. Mohamad Faiz Mohd Amin meraih pingat perak dan anugerah khas oleh Japan Intelectual Property Association (JIPA) bagi inovasi dalam teknologi pertanian.
Turut membawa pulang pingat perak ialah produk Model Lestari – Inovasi Rumah Burung Wallet yang diketuai oleh Dr Wan Khairy Wan Ibrahim, Natural Animal Monitoring System (NaMOS) oleh Almarhum Dr Mohd Hafizie Suhaimi & En. Muhammad Naqib Mat Yunoh, ECP ( Everybody Can Propagate) G- Technique oleh Dr Mohammad Amizi Ayob, produk Enhancement The Efficiency of Silicone Based Anti Foam oleh Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid.
IMG 7221Produk GoFIT - An Integrated Online Platform for Free Independent Traveller (FIT) & Teaching Aid for Tourism Course oleh Nurzehan Abu Bakar dan Dr. Roslizawati, produk Aestech Stool oleh Dr. Darliana Mohamad dan menerusi STEM Mentor Mentee :Prof@School oleh Prof Dr. Raja Suzana Raja Kasim.
Manakala anugerah gangsa diraih menerusi, produk Instant Leng Chee Kang Tea oleh Prof. Madya Dr. Sri Intan Mokhtar dan Dr. Nurhannan Abdul Rahman, produk Virtual Monitoring System for Industrial Training (ViMoSIT) oleh Nurashikin A. Ridzuan dan produk ARColar: An Augmented Reality Colouring Book oleh Dr. Tan Tse Guan & Dr. Anuar Mohd Yusof.
Pengarah Pejabat Perundingan, Harta Intelek dan Pengkomersialan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku  Ketua Delegasi MTE, Dr. Mohd Hafiz Jamaludin berkata, komitmen tinggi oleh penyelidik UMK pada edisi kali ini antara faktor penyumbang dan pemangkin kepada kejayaan ini. 
Katanya, peningkatan kualiti penyelidikan di UMK yang mengetengahkan projek yang berimpak telah mewujudkan satu budaya inovasi yang tinggi dikalangan warga universiti. 
“Pameran inovasi adalah strategi universiti bagi memberi penyelidik pengalaman untuk membangunkan penyelidikan berimpak tinggi kepada masyarakat dan industri.
“Peningkatan kualiti penyelidikan UMK dari tahun ke tahun adalah bukti univesiti ini adalah setaraf dengan institusi-institusi lain dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pendaftar ILCO & CICO, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi ), Puan Alifah Adnan berkata, pencapaian ini merupakan persediaan untuk penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) yang bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Mei 2019.
“Para penyelidik perlu membuat persiapan rapi bagi produk inovasi dan penyelidikan untuk meneruskan kejayaan ini untuk mengharumkan nama universiti,” katanya.
Read 450 times Last modified on Sunday, 24 February 2019 12:20
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 13 Mei 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search