Latest News

KARNIVAL KERJAYA UMK DISERBU

kerjaya1

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Ab. Halim Hafiz Ab. Aziz

PENGKALAN CHEPA 3 Mac I Lebih 2,200 penuntut dan pengunjung menyerbu 33 syarikat serta majikan pelbagai industri untuk mendapatkan pekerjaan sempena progam Karnival Kerjaya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 2 Mac 2019.

Karnival Kerjaya ini adalah inisiatif Seksyen Kaunseling, Kerjaya dan Alumni (SKKA), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMK dengan kerjasama Jobs Malaysia Negeri Kelantan bagi menyediakan peluang pekerjaan daripada industri dan syarikat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor masing-masing.

kerjaya2Program julung-julung kalinya diadakan ini turut membabitkan pelbagai agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan pendaftaran syarikat untuk orang awam.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, karnival ini merupakan medan pendedahan kepada para mahasiswa, graduan dan awam terhadap peluang kerjaya dan aspek-aspek penting yang berkaitan.

Beliau berkata, karnival ini juga merupakan platform kepada pengunjung untuk mendapatkan input termasuklah syarat minimum, kelayakan, laluan kerjaya, insentif dan sebagainya.

“Justeru, penganjuran ini juga membolehkan mahasiswa UMK yang masih menuntut untuk mendapatkan info dan peluang pekerjaan serta mendapatkan penempatan latihan industri yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran merujuk kepada program pengajian masing-masing.

“Manfaatkanlah peluang dan ruang yang tersedia sepanjang karnival ini seoptimum mungkin untuk memenuhi kerjaya anda dan secara tidak langsung masyarakat luar dapat mengenali UMK dengan lebih dekat lagi.,” katanya pada majlis perasmian Karnival Kerjaya UMK 2019.

Prof. Dr. Zaliman berkata, alhamdullilah program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatatkan kehadiran pengunjung yang begitu hebat dengan lebih 2,200 orang pengunjung hadir manakala seramai 880 orang pencari kerja telah berdaftar manakala 130 orang telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan.

“Selain itu, pada karnival ini juga seramai 750 calon lain bakal ditemuduga bagi sesi kedua nanti,” katanya.
Tambah beliau, UMK sebagai pengupaya kepada transformasi sosial, universiti turut memikul tanggungjawab untuk menembusi masyarakat dan mendekati akar-umbi.

“Karnival Kerjaya ini antara inisiatif UMK dan JobsMalaysia Negeri Kelantan untuk menjajarkan dirinya di lapangan masyarakat setempat supaya Universiti ini dirasai kehadirannya, disedari kewujudannya dan didengari suaranya.

kerjaya3“Melalui inisiatif ini, maka interaksi universiti dengan masyarakat dapat dilebarkan, sekaligus memperkasa jaringan yang membuka ruang kepada pembentukan inisiatif-inisiatif susulan,” jelasnya.

Prof. Dr. Zaliman turut menegaskan bahawa penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam aspek membudayakan keusahawanan dengan mengubah transformasi pemikiran dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang meliputi pengubahan mentaliti ‘makan gaji’ kepada ‘mencipta kerjaya’.

Katanya, dengan kewujudan komponen pembudayaan keusahawanan dalam sukatan pengajian di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam maka para mahasiswa dapat didedahkan dengan potensi besar yang ditawarkan pada sektor tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pendekatan tersebut diambil atas kesedaran bahawa suasana persaingan dalam alam kerjaya pada hari ini kian sengit. Bilangan graduan sentiasa bertambah tahun demi tahun, dan iklim ekonomi tidaklah sentiasa cerah untuk menerima keseluruhan mereka di alam kerjaya.

kerjaya4

Read 202 times Last modified on Monday, 04 March 2019 10:51
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 21 Mac 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search