Latest News

UMK TERAJU BIDANG KEUSAHAWANAN DI NEGARA RANTAU ASIA

53305488 2189075111147178 7225195234613788672 n

Pusat Hal Ehwal Korporat | Foto M. Al Azam Razi/Ab Halim Hafiz Ab Aziz

BACHOK 4 Mac I Negara-Negara rantau Asia merupakan platform terbaik untuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi peneraju kepada universiti keusahawanan yang terkemuka di rantau ini sebelum melangkah ke peringkat global.

53018067 2189078501146839 6362861918650105856 nMenteri Pendidikan YB. Dr. Maszlee Malik berkata, rantau Asia amat signifikan terutamanya di negara IndoChina termasuk Thailand, Kemboja dan Laos yang dilihat sebagai permulaan untuk universiti ini mempelopori bidang keusahawanan ini.

Beliau berkata, UMK bukan hanya sekadar sebuah universiti yang berada di Kelantan sahaja tetapi sebagai universiti yang memimpin keusahawanan di peringkat nasional seterusnya menembusi Asean dan menjangkau ke rantau Asia.

“UMK mempunyai potensi tersebut, dengan kepimpinan baharu menerusi pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti oleh Dato’ (Dr.) Hussamuddin Haji Yaacub dan pasukannya termasuk ahli-ahli Lembaga Pengarah serta Naib Canselor UMK dilihat sedang berusaha begitu keras untuk meningkatkan tahap pendidikan UMK dalam bidang keusahawanan ke peringkat yang lebih baik.

“Warga universiti iaitu staf dan pelajar serta komuniti diharap terus membantu dalam meningkatkan pembangunan UMK sebagai sebuah universiti berfokus dalam bidang keusahawanan yang merupakan agenda dan kekuatan universiti ini dalam sistem pendidikan negara,” katanya pada di Majlis Sepetang Bersama Menteri Pendidikan dan perasmian bangunan baharu Pejabat Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan.

YB Dr. Maszlee yang tiba pada jam 5.50 petang di sambut oleh Dato' (Dr.) Hussamuddin dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti iaitu Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Dr. Wan Farisan Wan Sulaiman, En. Mohd Nazri Mat Noor, Prof. Dr. Safa'ai Deris dan Encik Zulkifli Mohd Zan.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

53253936 2189088117812544 5258573368117952512 nBlok bangunan pentadbiran empat tingkat dengan keluasan 7,897 meter persegi itu menempatkan pejabat pentadbiran utama universiti iaitu Pejabat Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bendahari.

Pada majlis itu, YB Dr.Maszlee turut merasmikan Sudut Sastera yang dibangunkan oleh Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu (PPI) di bangunan sama.

Menurut Dr. Maszlee, penubuhan sudut itu akan menjadikan UMK pelopor kepada kemudahan tersebut yang menyahut saranan Kementerian Pendidikan menyemarakkan semula kesusasteraan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara ini.

Katanya, sudut sastera ini merupakan penghargaan UMK kepada sasterawan-sasterawan negara dengan menempatkan karya-karya mereka yang diterbitkan oleh UMK, DBP dan dan ITBM.

“Usaha UMK menjadikan sasterawan negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan sebagai sasterawan universiti itu adalah satu langkah yang boleh dicontohi oleh universiti lain untuk menyahut cabaran itu selain memberi nafas baharu kepada bidang sastera negara.

"Selain itu, kementerian mahu bidang sastera menjadi sebahagian oksigen yang dihirup oleh semua rakyat Malaysia dan universiti perlu memainkan peranannya sebagai medan intelektual terbuka,” jelas beliau.

Sementara itu, Prof. Dr. Noor Azizi berkata, UMK mempunyai potensi besar untuk terus maju kehadapan dan sekaligus memimpin bidang keusahawanan di negara ini dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

Katanya, menerusi gabungan hubungan perniagaan, penawaran bidang akademik sains dan teknologi, kesusasteraan yang mampu melonjak bidang keusahawanan yang bernilai tinggi.

“Saya juga yakin pelbagai kejayaan diraih oleh UMK pada peringkat negara dan antarabangsa sepanjang penubuhannya adalah daripada usaha dan semangat kebersamaam dan kekitaan yang menjadi amalan oleh warga UMK.

“Ini juga selaras dengan saranan kementerian yang mahu semua pihak menekankan elemen hubungan yang berteraskan konsep ‘love, happiness dan mutual respect’,” katanya.

53733290 2189080691146620 6596553455752445952 n

Read 334 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 13 Mei 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search