Latest News

MAHASISWA UMK PENYUMBANG PERUBAHAN LANDSKAP EKONOMI NEGERI KELANTAN

image 6483441
 
Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto Al Azam Razi
 
PENGKALAN CHEPA 7 Mac I Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menyifatkan mahasiswa dan graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah  penyumbang kepada perubahan landskap ekonomi di negeri Kelantan.
 
image 6483441 1Beliau selaku Pengerusi  Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan (MTEN), berkata graduan UMK tidak terkecuali  memainkan peranan penting dalam pembangunan di negeri ini.
 
“Melihat semangat yang berkobar-kobar oleh para pelajar UMK pada hari ini menunjukkan tanda positif  bahawa mereka bersemangat memimpin negara pada masa depan.
 
“Selain itu, saya juga menyeru anak-anak negeri Kelantan yang dilihat sebagai generasi yang berjaya dalam bidang akademik, perkhidmatan awam, sektor perniagaan serta usahawan-usahawan tersohor yang berada di luar kembali ke negeri ini supaya dapat menyumbang kepada pembangunan.
 
“Mereka semua adalah aset modal insan yang berjaya yang mesti digarap untuk memajukan Negeri Kelantan,” katanya pada Program Ministerial Talk Series di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 7 Mac 2019.
 
Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin.
 
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Dato’ (Dr.) Hussamuddin Yaacub, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dato’ Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail.
 
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan  akan memberi perhatian kepada pembangunan di negeri ini termasuk merancakkan pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) supaya proses perkembangan ilmu ini mendapat sokongan semua pihak.
 
Beliau berkata,  ini adalah kerana UMK yang akan meneruskan pembangunan dan kepimpinan di negeri ini.
 
“Kerajaan Persekutuan akan berlaku adil dan saksama serta tidak menyekat sebarang pelaburan terus ke Kelantan dalam usaha merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
 
“Pihak kerajaan persekutuan akan membina infrastrukur dan kemudahan bagi mewujudkan jalinan antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat,” katanya lagi.
 
Sementara itu, Prof. Dr. Noor Azizi berkata, warga UMK amat bertuah 
menerima kunjungan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Dato’ Mohamed Azmin sempena lawatan kerja beliau ke negeri Kelantan.
 
image 6483441 2Ini adalah kunjungan julung kali diadakan selepas pelantikan beliau sebagai menteri kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu.
 
Katanya, pada lawatan itu, YB Dato’ Mohamed Azmin turut mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menumpukan lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan kepada negeri Kelantan.
 
“Peruntukkan ini adalah untuk pembangunan di Kelantan menerusi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
 
“Projek ini membabitkan pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR); Jambatan Palekbang dan Jalan  Raya Pasir Puteh-Machang-Jeli.
 
“Selain itu,  projek itu termasuk lah pembinaan LPT3 dari Gemuruh, Terengganu ke Tumpat.
 
Tambah beliau, limpahan pembangunan projek ini memberi impak besar kepada negeri Kelantan termasuk UMK kerana
kawasan pembangunan dapat dibangunkan dengan lebih efisien.
 
image 6483441 3
 
Read 127 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 21 Mac 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search