Latest News

FTKW HASILKAN ANIMASI 3D SEJARAH LAGENDA PUTERI SAADONG

Animasi pertama FTKW menerima sokongan kuat daripada Naib Canselor UMK Prof. Dr

FTKW komited dominasi pengajian berteraskan teknologi kreatif

Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto Al Azam Razi

BACHOK 13 Mac I Selasa I Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), merupakan sebuah institusi yang ekperimentasikan pengajian seni, budaya, warisan dan industri seni kreatif di Malaysia kini melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan produksi animasi 3D pertama bertajuk SRIKANDI sebelum penghujung tahun ini.

Karya seni kreatif yang dipamerkan sempena Karnival Usahawan TEKUN 2019Projek produksi animasi 3D adaptasi daripada kisah lagenda Puteri Saadong ini melibatkan pensyarah - pensyarah di FTKW dan Syarikat Pemula Siswa yang bernaung di bawah Pusat Akselerator Kreatif atau Creative Accelerator Center (CAC) dengan kerjasama Kolej Komuniti Besut, Terengganu

Seramai 30 hingga 40 pelajar tahun tiga Program Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan kepujian bagi Elektif Bidang Animasi akan dilantik dan dilatih sebagai Syarikat Pemula Siswa dalam usaha menjayakan projek animasi ini.

Dekan FTKW, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan berkata, projek produksi animasi ini adalah pelengkap kepada fakulti yang menjadi pemangkin kepada peranan dan fungsi FTKW dalam ledakan gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Katanya, pembangunan projek animasi pertama ini turut mendapat kerjasama daripada Wau Animation Sdn Bhd, Persatuan Pendidik Animasi Malaysia, Persatuan Animasi Malaysia, dan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd.

“Teaser produksi animasi 3D ini dijangka disiapkan pada awal Mei 2019 dan dijadikan satu bahan rujukan bagi pembangunan projek sebenar yang berskala besar bagi 13 episod siri TV dalam tempoh dua tahun bermula 2020 sehingga 2021,” katanya pada Karnival Usahawan Tekun Peringkat Negeri Kelantan, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail.

Menurut Prof. Madya Ahamad Tarmizi, projek siri animasi 3D ini menampilkan konsep futuristik dan tidak terikat dengan kepelbagaian fakta serta mitos sebenar Legenda Puteri Saadong yang belum dapat dipastikan kebenarannya secara kajian saintifik.

Bagaimanapun, team produksi masih mengekalkan nilai warisan, jati diri dan keunikan warisan budaya menerusi watak dan perwatakan karektor, latar tempat, lokasi dan jalan cerita yang digarap secara teliti berdasarkan legenda Puteri Saadong itu sendiri.

“Projek ini juga selaras dengan asas penubuhan FTKW menjadikan terasnya adalah warisan dan UMK sebagai sebuah Universiti Awam berfokuskan keusahawanan di Malaysia.

“Sebahagian besar projek produksi ini adalah bertujuan untuk memartabatkan keunikan warisan dan ketamadunan budaya bangsa Melayu di Malaysia untuk dijadikan sebagai satu wadah keusahawanan dalam konteks industri kandungan kreatif Negara,” katanya.

Prof. Dr. Noor Azizi menandatangani poster SRIKANDI di tapak pameran Karnival KeusahawananTambah beliau, idea asal pembangunan projek ini adalah daripada beliau sendiri menerusi tinjauan dan usaha awalan bagi pembangunan projek berkaitan Legenda Puteri Saadong menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kursus-kursus yang ditawarkan di FTKW.

“Hasil daripada usaha awalan ini, beberapa produk kreatif telah berjaya dihasilkan seperti lukisan digital, komik digital, dokumentari dan filem pendek berkaitan Lagenda Puteri Saadong.

“Kajian ini juga merupakan satu penyelidikan ke atas sejarah Puteri saadong yang terdapat dalam masyarakat Melayu Kelantan dengan menghasilkan sebuah animasi tiga dimensi mengenai sejarah Puteri Saadong yang merupakan tokoh lagenda yang menjadi kebanggaan masyarakat Kelantan hingga ke hari ini.

“Puteri Saadong memiliki kesaktian yang luar biasa menjadikan ia tokoh lagenda yang hebat dan dibanggakan masyarakat. Malah, sejarah Puteri Saadong selalunya tidak terpisah daripada kisah Cik Siti Wan Kembang yang merupakan Srikandi yang dikaitkan dengan dua wanita istimewa ini,” katanya.

Prof. Madya Ahamad Tarmidzi berkata, menerusi kejayaan menghasilkan promosi atau teaser ini kemudiannya akan digunakan untuk proses pitching project session bagi mendapatkan dana pembangunan projek sebenar daripada UMK, FINAS, MDEC, dan TEKUN NASIONAL yang dianggarkan berjumlah hampir RM400, 000.00.

SINOPSIS TEASER ANIMASI 3D SRIKANDI

a59395ab 8dc7 4739 a3d6 815077dfd003Sinopsis Promo atau Teaser Srikandi ini bermula dengan Skuad 7 daripada Unit Tempur Mahligai City atau dikenali juga dengan nama Tanah Rendah Sekebun Bunga dalam daerah Jelasin di negeri Kilatan yang telah diarahkan untuk menjalankan misi mencari harta warisan di sebuah pulau aneh yang dikenali sebagai Pulau Kota Jembal.

Ketika misi ini dilaksanakan, Unit Tempur Skuad 7 ini bertembung dengan seorang pengintip Raja Utara yang bernama KOR yang sedang cuba mendapatkan maklumat rahsia kekuatan Mahligai City.

Mahligai City memiliki sebuah pasukan elit khas yang dikenali sebagai Skuad 7 dan sistem teknologi pertahanan ketenteraan yang sofistikated.

Pertempuran hebat itu hampir berjaya menewaskan Skuad 7, tiba-tiba muncul seorang wirawati yang menggelarkan dirinya sebagai Srikandi yang datang membantu Skuad 7 dengan kenderaan bahteranya bergelar "Jong Suluk Kapa Ulana" milik Permaisuri dan Raja Mahligai City iaitu Permaisuri....(Cik Siti Wan Kembang)

Pertempuran terus berlaku antara Srikandi dengan pengintip kor ini bermula di Pulau Kota Jembal sehingga ke Bukit Marak.

Setelah bertarung sekian lama, Srikandi menggunakan senjata sulitnya iaitu kuasa panca delima dan akhirnya berjaya menewaskan pengintip Raja Utara dengan senjata rahsia Pemintal Cucuk Sanggulnya yang bergelar Cucuk Sanggul 7 Aras.... Setelah itu, maklumat rahsia Mahligai City yang cuba dicuri tersebut berjaya dirampas semula.

Namun dalam masa Skuad 7 dan Srikandi meraikan kejayaan, tiba-tiba pengintip kor hilang daripada kawalan dan pandangan mereka bersama maklumat rahsia tersebut....maka...bermulalah kisah sebenar Lagenda Puteri Saadong...8ad5093d 7219 4a3d ac6f b2184ca0eee6

Read 108 times
Rate this item
(1 Vote)

What our Students say?

Latest Update: 21 Mac 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search