Print this page

50,000 SERBU KARNIVAL JOM MASUK IPT 2019 ZON TIMUR

54435078 2448318885395254 1237263486795382784 n

KOTA BHARU 16 Mac l SERAMAI 50,000 pengunjung membanjiri kompleks membeli-belah AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan, pada hari pertama Karnival Jom Masuk IPT 2019 Zon Timur yang berlangsung hari ini sehingga 17 Mac 2019.

53796563 2448318958728580 2328446670473265152 nProgram JOM MASUK IPT 2019 Zon Timur merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan setiap tahun.

UMK selaku tuan rumah bagi zon Timur menyediakan kira-kira 100 gerai pameran pendidikan yang terdiri daripada universiti awam dan swasta tempatan, politeknik, kolej komuniti dan ILKA, pelbagai agensi awam dan swasta termasuk badan pembiayaan pendidikan.

Karnival Jom Masuk IPT One Stop Centre atau Pusat Sehenti Bermaklumat diadakan bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang dan ruang pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya mengenai urusan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Penganjuran karnival ini juga adalah seiring dengan pembukaan permohonan kemasukan pelajar ke IPT awam yang mula dibuka bermula pada 25 Februari sehingga 24 April 2019 secara dalam talian melalui UPU Online iaitu http:/upu.moe.gov.my.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, telah menyempurnakan perasmian karnival Jom Masuk IPT 2019 Zon Timur.

54799878 2448319382061871 7957927890945835008 nTurut hadir, Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM, Puan Mazula Sabudin dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Yang Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku Pengarah Pusat Strategik Korporat, Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Menurut Prof. Dr. Noor Azizi, universiti dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana universiti itu adalah menara atau pusat ilmu yang dicita-citakan sejak di bangku sekolah lagi.

Beliau berkata, begitu tingginya nilai ilmu itu, sehinggakan orang-orang dewasa pun masih menuntut ilmu di universiti melalui program yang ditawarkan oleh universiti.

“Selain itu, ilmu pengetahuan juga adalah asas bagi setiap insan dalam menjalankan kehidupan di muka bumi ini.

“Ilmu yang diajar sama ada secara formal ataupun tidak formal merupakan aset yang penting dalam memandu seseorang itu ke jalan kejayaan ibarat kata pepatah “Ilmu sebagai Pelita Hidup”,” katanya.

Beliau menggambarkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita dan jika tiada ilmu, umpama kita berjalan di tempat yang gelap.

54520282 2448319045395238 1467577702134317056 n“Jika hanya berharapkan pada pelita orang lain untuk memberi laluan ke destinasi diperlukan, maka kita tidak mungkin akan mendapat jalan yang mudah.

“Justeru, kita perlukan ilmu untuk kita merintis kejayaan yang dihasratkan. Begitulah peri pentingnya ilmu dalam kehidupan harian kita,” jelasnya.

Dalam konteks ini, beliau berharap penganjuran program ini memberi manfaat dan impak positif kepada kejayaan institusi pendidikan tinggi negara dan kecemerlangan generasi kita pada masa akan datang.

“Ini selaras dengan hasrat KPM menjadikan karnival ini sebagai "signature program" KPM yang akan diteruskan setiap tahun,” katanya.

53524805 2448319168728559 1048106783412846592 nTurut diadakan pelbagai aktiviti menarik iaitu pameran aset, kelengkapan agensi penguatkuasaan dan temuduga pengambilan, semakan daftar pemilih, mini book fair, pertandingan jom selfie dan menang, gerai-gerai keusahawanan pelajar, racing simulator games dan virtual reality gaming.

Karnival Jom Masuk IPT telah berlangsung di Zon Sabah pada 9 dan 10 Mac di Kota Kinabalu dan Zon Utara (9 dan 10 Mac di USM, Pulau Pinang).

Sementara itu, karnival ini diteruskan Zon Sarawak (23 dan 24 Mac di Kuching) dan Zon Tengah (30 dan 31 Mac di MAEPS, Serdang).


Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Al Azam Razi/Ab Halim Hafiz Ab Aziz

Read 1608 times
Rate this item
(0 votes)