Latest News

1000 PELAJAR IPT SERTAI PROGRAM SATU JAM BERSAMA Al-QURAN

quransatu

Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto Al Azam Razi

BACHOK 17 Mac I Seramai 1000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negeri Kelantan bersama-sama membaca al-Quran secara serentak selama satu jam melalui program Siswa #Quran Hour, yang berlangsung di Masjid UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

5Program yang diaktifkan oleh Pusat Islam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Antara pelajar IPT awam dan swasta yang terlibat terdiri daripada pelajar UMK, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM).

UMK menjadi Universiti Awam (UA) pertama menganjurkan program Siswa #QuranHour di peringkat negeri Kelantan.

Program Siswa Quran Hour turut menampilkan Johan bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018, Abdulah Fahmi Che Nor, yang memperdengarkan bacaan surah al – Mukminun ayat 1 hingga 16.

Pada program itu, setiap peserta diberikan beberapa muka surat dan mereka mengaji serentak menghabiskan 114 surah selama satu jam.

Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, program Siswa Quran Hour ini amat bertepatan bagi memperkasakan lagi pembudayaan dan penghayatan al-Quran dalam kehidupan kita.

Beliau berkata, kerjasama antara Pusat Islam UMK dan PRNNK amat tepat pada masanya untuk kita sama-sama memperkasakan ruh al-Quran kepada warga universiti khususnya, dan juga kepada masyarakat umumnya.

“Menerusi program ini, dapat mempertingkatkan nilai dan kualiti insan yang bukan sahaja melalui pembacaan al-Quran tetapi juga mampu menghayati dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian.

6“Al-Quran merupakan satu-satunya mukjizat daripada Allah SWT yang masih wujud dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai hambaNya dan wahyu pertama yang diturunkan iaitu ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq dan seterusnya, menjadi asas perkembangan dan kemajuan menakjubkan zaman kegemilangan Tamadun Islam suatu ketika dahulu khususnya pada abad ke 9 sehingga abad ke 15,” katanya pada majlis perasmian Siswa Quran Hour, di Masjid UMK Bachok.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad dan Pengerusi PRNNK, Dato’ Adnan Hashim.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Azhar berkata, program hari ini berjaya menghimpunkan para pelajar IPT yang merupakan generasi muda yang menjadi aset penting kepada masa depan negara.

Saya percaya kita mampu menghasilkan pelajar atau mahasiswa yang seimbang dan berjaya dalam segenap aspek jika kita meletakkan al-Quran sebagai teras dalam kehidupan.

“Kejayaan graduan bukan sahaja diukur dari sudut kelulusan akademik semata-mata, tetapi juga kualiti kemanusiaan atau nilai keinsanan yang menjadi perhatian,” katanya.

Read 2412 times Last modified on Tuesday, 02 April 2019 11:27
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 18 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search