Latest News

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR ANJUR BENGKEL RAWATAN PENGURUSAN TULANG HAIWAN PELIHARAAN

4

Oleh : Fakulti Perubatan Veterinar UMK

PENGKALAN CHEPA I Patah tulang atau gejala keretakan pada haiwan peliharaan amat menyakitkan kerana lazimnya haiwan tidak dapat menahan beban atau tekanan yang dihadapinya.

Pertolongan dan rawatan awal yang tepat sewajarnya dilakukan untuk mengembalikan tulang ke posisi asal sebelum melakukan proses perubatan dan penyembuhan selanjutnya kepada si comel atau si bulus yang ditimpa musibah atau gejala patah tulang.

Namun, ramai yang kurang tahu dan bagaimana langkah untuk melakukan rawatan awal bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh si comel.

J1usteru, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) menganjurkan Bengkel Teknik Asas Untuk Pengurusan Fraktur Tulang Kucing dan Anjing bertempat di bangunan FPV, Pengkalan Chepa, pada 23 hingga 24 Mac 2019.

Timbalan Dekan Hospital Perubatan Veterinar UMK selaku Penasihat Program, Prof. Madya Dr. Rumaizi Shaari, berkata bengkel dua hari itu telah disertai seramai 16 orang peserta terdiri daripada veterinawan di serata Malaysia.

Katanya, bengkel ini memberi pendedahan tentang teori dan praktikal yang disampaikan sendiri oleh pakar perubatan veterinar iaitu Prof. Dr. Thotta Narasimhalu Ganesh dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Rumaizi serta Dr Mimi Armiladiana Mohamad.

“Bengkel ini amat penting dan memberi manfaat kepada masyarakat berkongsi ilmu kepakaran daripada pakar veterinar.

“Selain itu, bengkel ini juga platform kepada para veterinawan untuk meningkatkan ilmu dan mengembangkan kerjaya masing masing di dalam bidang haiwan kesayangan.

“Bidang ilmu ortopedic pada hari ini semakin mendapat perhatian kerana kes- kes fraktur tulang semakin meningkat dan permintaan daripada pemilik haiwan kesayangan untuk rawatan juga semakin bertambah,” katanya.

Menurut Prof. Madya Dr. Rumaizi, pada sesi bengkel tersebut para peserta diberikan karkas kucing dan anjing sebagai latihan sebenar.

Beliau memberitahu peserta diajar untuk membuat pilihan kaedah pengurusan dan rawatan fraktur tulang yang bersesuaian berdasarkan pada spesis kucing dan anjing serta kemungkinan komplikasi dan risiko untuk setiap jenis rawatan.

“Pada bengkel ini, peserta teruja kerana pada sesi pengajaran mereka berpeluang menggunakan peralatan makmal yang sebenar termasuk x-ray mudah alih untuk melihat hasil rawatan ortopedic mereka sama ada tulang berjaya bercamtum dengan jaya dan tepat.

“Selain daripada itu, peserta yang hadir juga akan mendapat 30 mata Continuous Professional Development (CPD) yang dikeluarkan oleh Majlis Veterinar Malaysia,” jelas beliau.

Markah ini adalah diperlukan sebagai syarat untuk memperbaharui lesen amalan tahunan secara sah atau dipanggil ‘Annual Practice Certificate’ oleh para veterinawan.

2

Read 222 times Last modified on Tuesday, 26 March 2019 14:48
Rate this item
(2 votes)

What our Students say?

Latest Update: 25 April 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search