Latest News

SERLAHKAN POTENSI DIRI via LINKEDIN

linkedin1

Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto : Seksyen Kaunseling, Kerjaya & Alumni UMK, HEP

PENGKALAN CHEPA 25 Mac I Hampir 80 peratus daripada graduan universiti di Malaysia tidak memiliki akaun rangkaian Linkedin bagi menyerlahkan potensi diri secara profesional dalam pencarian pekerjaan mereka.

linkedin5Menurut Managing Partner Change Dynamics Consulting, Mr. Koh Mui Han, tidak ramai graduan yang tahu tentang aplikasi terkini iaitu LinkedIn sebagai kelebihan yang membolehkan prospek khususnya majikan untuk melihat bakat serta pengalaman graduan universiti di internet atau media sosial.

Beliau berkata, aplikasi LinkedIn antara salah satu media sosial yang memberi peluang khususnya kepada graduan atau pensyarah universiti melonjakkan kredibiliti profil berkaitan kerjaya dengan mengembangkan potensi diri kepada jutaan prospek di seluruh negara.

“LinkedIn.com menerima lebih jutaan pengguna dan pengunjung setiap setiap hari dan dilihat sebagai platform yang terbaik untuk graduan ekploitasikan diri bersaing menonjolkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti.

“Saya percaya platform ini merupakan rangkaian profesional yang lebih berkualiti untuk menyerlahkan potensi diri graduan di Linkedin kerana hampir kesemua pengguna atau user terdiri dari­pada para profesional, korporat, pemain industri dan usahawan,” katanya pada Program Ceo Talk Series: Aplikasi Linkedin kepada mahasiswa dan pensyarah UMK, di Dewan Eksprimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 25 Mac 2019.

Mr. Koh Mui Han berkata, platform LinkedIn merupakan rangkaian atau alat untuk pejenamaan diri kepada pekerja pada hari ini kerana jawatan yg ditawarkan di syarikat kini adalah terhad.

Katanya, semua orang tahu apa itu media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya.

“Namun tidak ramai yang menggunakan pendekatan media sosial untuk kebaikan penjenamaan diri sendiri secara profesional dan di LinkedIn adalah aplikasi yang menyediakan peluang untuk apa yang perlu anda lakukan kerana majikan sudah tidak lagi bergantung kepada resume atau CV.

“Graduan boleh menonjolkan diri mereka pada profil Linkedin dengan mantap supaya majikan atau industri dapat membuat penilaian awal berkaitan pengalaman dan kemahirann sebelum sesi temuduga permohonan pekerjaan diadakan,” jelas beliau.

Sementara itu, Mr Koh Mui Han berkata profil berupaya melonjakkan diri anda untuk menggalakkan lebih ramai majikan atau profesional-profesional yang bertaraf pengurusan seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Jabatan melihat akaun anda.

linkedin4“Gunakanlah peluang ini dengan meletakkan gambar profil yang jelas dan profesional serta gambar yang terbaik di samping menulis satu rumusan diri yang mengutarakan kekuatan diri sebanyak mungkin pada ruang yang ada secara tidak terlalu formal atau tidak terlalu santai.

“Dengan menggunakan langkah yang betul akan mengukuhkan persepsi majikan tentang kebolehan atau kemahiran serta beberapa perkara khususnya berkaitan aktiviti semasa yang lakukan sekarang,” katanya.

 

Read 372 times Last modified on Tuesday, 26 March 2019 19:21
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 July 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search