Print this page

UMK DAN OEW ALGAE TECHNOLOGIES SDN BHD JALIN KOLABORASI PENYELIDIKAN MIKROALGA DAN HERBA

moc1

KOTA BHARU 24 Mac l Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) menandatangani memorandum koloborasi dengan OEW Algae Technologies Sdn Bhd untuk kerjasama membangunkan penyelidikan industri alga dan tanaman herba dengan fokus kepada penyelidikan dan pengeluaran produk secara komersial.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan OEW Algae Technologies Sdn Bhd, Dato' Dr. Nazily Mohd Noor, di Galeri Pembangunan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

moc4Majlis itu disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif OEW Algae Technologies Sdn Bhd, Mr. Gurdev Sigh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan. Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim.

Menurut Prof. Dr. Noor Azizi, melalui kerjasama ini kedua-dua pihak dapat menjalankan penyelidikan dan inovasi secara koloboratif untuk produk nilai tambah berkaitan mikroalga atau rumpai laut dan tumbuh-tumbuhan herba.

Beliau berkata, dengan kerjasama ini bertujuan untuk menyokong perolehan dana menerusi geran-geran penyelidikan melalui agensi tempatan dan antarabangsa.

“Selain itu UMK memainkan peranan penting di dalam pelan Teknologi Hijau untuk R & D dan merumuskan kepelbagaian produk berasaskan herba.

“Pada masa sama, ini akan menyaksikan pengukuhan kerjasama yang lebih utuh kedua-dua pihak untuk berkongsi dan memberi maklumat mengenai produk berasaskan tumbuhan herba,” katanya

Tambah beliau, staf akademik juga boleh menyumbang untuk menyebarkan pengetahuan dan kepakaran dalam memproses produk nilai tambah daripada mikroalga dan tumbuh-tumbuhan herba.

Beliau berkata, beberapa aktiviti juga telah dirancang untuk pelajar UMK mengambil bahagian daripada projek ini sebagai latihan, pengalaman industri dan penempatan kerjaya pada masa hadapan.

Sementara itu, jalinan antarabangsa UMK turut diadakan untuk memberi manfaat kepada pelajar dan staf pada masa depan dari konteks penyelidikan bersama, projek bersama, penerbitan bersama, mobiliti kakitangan dan pelajar.

“Ini secara tidak langsung akan mengangkat nama penyelidik sekaligus membuktikan UMK setanding dengan universiti lain.

“Program ini juga bertujuan untuk menyokong pendidikan bagi menyertai program antara kedua-dua universiti dan industri seperti penyelidikan, sarjana dan pasca siswazah,” katanya.

Justeru, kerjasama ini amat penting kepada universiti untuk memanfaatkan kepakaran teknologi yang dimiliki oleh OEW Algae Technologies untuk tujuan pengkomersialan produk inovasi yang dibangunkan oleh UMK.

Pusat Hal Ehwal Korporat l Foto : Al Azam Razi

moc3

Read 265 times
Rate this item
(0 votes)