Latest News

800 MAHASISWA UMK MERIAHKAN SPRING FEST 2019

springfest

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat I Foto : Al Azam Razi

BACHOK : Seramai 800 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) daripada UMK Kampus Kota, Bachok dan Jeli memenuhi padang Astaka UMK Bachok meraikan puluhan Kong Ming Deng (tanglung terbang) yang dilepaskan ke langit pada sambutan Spring Fest 2019.

springfest2Program anjuran Persatuan Unit Bahasa Mandarin dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPPUMK) diadakan bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan di dalam kalangan mahasiswa bersempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Spring Fest merupakan sambutan perayaan musim bunga mengikut tradisi kaum cina yang disambut bertujuan menyemarakkan rasa sayang kepada pelajar dalam kalangan pelajar selain nilai murni yang cuba diterapkan menerusi aktiviti menyantuni warga emas dan semangat perpaduan antara kaum.

Pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung antaranya persembahan malam kebudayaan tradisi cina, persembahan tarian singa, persembahan 24 gendang, persembahan tarian tradisional Cina, drama pendek dan tarian inang.

Sambutan itu diakhiri dengan simbolik nyalaan dan pelepasan 50 tanglung yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan beberapa pemimpin persatuan serta wakil masyarakat tempatan.

springfest4Menurut Pengarah Spring Fest, Wei Yi Fae, program ini merupakan sambutan tahun baru Cina dan mascode Lulu yang melambangkan pergabungan unsur-unsur kepelbagaian kaum di Malaysia.

Katanya, program ini akan mengeratkan hubungan diantara ke semua mahasiswa/i serta komuniti yang terlibat terutamanya daripada ketiga-tiga kampus demi mewujudkan hubungan yang baik dengan kesemua kaum di Malaysia

“Menariknya pada sambutan ini para pelajar mengadakan bengkel kaligrafi , bengkel chinese rice ball dan pameran makanan.

“Lebih meriah ialah pada acara kemuncak dengan pelepasan 50 tanglung sebagai simbolik kepada pelepasan tanglung untuk membenarkan para mahasiswa menulis harapan yang dihasratkan pada tahun ini dan melepaskan harapan ini untuk membolehkan segala perkara yang ditulis dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Wei Yi Fae merakamkan penghargaan kepada penajaan daripada pihak luar, BHEPA dan MPPUMK yang memberikan kerjasama termasuk SEKKI dan JPKK.

springfest3

Read 137 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 25 April 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search