Latest News

UMK DAN BENUA SUNDA CARIGALI SDN BHD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI PERLOMBONGAN EMAS

4

BACHOK 18 Jun I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Benua Sunda Carigali Sdn. Bhd. (BSC) bagi kerjasama strategik membangunkan sektor perlombongan mineral negeri Kelantan khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan pemerosesan emas.

Memorandum ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Pengarah Urusan BSC, Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 17 Jun 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Che Omar dan Ketua Ketua Pegawai Operasi BSC, Hj Ir. Shukeri Ismail.

2MoA itu menyaksikan UMK dan BSC bersetuju untuk bersama-sama membangunkan bidang penyelidikan berkaitan sumber mineral negeri Kelantan khususnya emas dengan anggaran dana berjumlah RM100,000.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata kerjasama itu membolehkan UMK melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) menyediakan kepakaran termasuk pensyarah dan pelajar untuk menjalankan penyelidikan.

“Penyelidikan selama dua tahun ini telah pun bermula pada April lalu yang diketuai oleh Pensyarah Kanan FBKT, Dr. Abdul Hafidz Yusoff di tapak lombong yang terletak di bawah kawasan pelesenan PMBK Azhab Sdn Bhd di pendalaman hulu Kelantan,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata, dalam menjayakan projek penyelidikan ini, pihak BSC Sdn Bhd telah bersetuju menyumbangkan dana penyelidikan sebanyak RM 50,000 manakala selebihnya dibawah peruntukan dana penyelidikan UMK.

Beliau menyifatkan projek penyelidikan secara kolaboratif antara UMK dan industri BSC Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pembangunan sosio ekonomi negeri Kelantan.

“Kerjasama ini turut membabitkan agensi milik Kerajaan Negeri Kelantan seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Pejabat Tanah Galian Negeri Kelantan.

Sementara itu, Hj Ir. Shukeri berkata Kelantan adalah negeri yang sangat kaya dengan sumber mineral termasuk emas menjadikan Kelantan negeri kedua terbanyak dalam pengeluaran emas selepas Pahang.

“Prospek perlombongan emas di Kelantan adalah amat cerah dan kerjasama ini juga mendapat kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja cari gali atau penjelajahan tapak projek penyelidikan.

“Kita amat bertuah diatas kesudian UMK untuk bersama-sama kami,” katanya.

Pusat Komunikasi Korporat I Al Azam Razi

5

Read 502 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search