Latest News

KERJASAMA UMK DAN OEW ALGAE TECHNOLOGIES KOMERSIALKAN INDUSTRI MIKRO ALGA DI MALAYSIA

65045839 2517067705187038 6060019131749498880 n

BACHOK 25 Jun I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan syarikat biofarmaseutikal, OEW Algae Technologies Sdn Bhd merancang memperluaskan industri menternak mikro alga sebagai usaha mengkomersialkan lagi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan mikro alga di negara ini.

Sebagai permulaan, OEW Algae Technologies telah bersetuju membiayai dana penyelidikan berjumlah RM3 juta dalam membangunkan penyelidikan dan penternakan mikro alga secara komersial untuk tempoh dua tahun (2019- 2020) di UMK Kampus Jeli.

65000879 2517067755187033 1578499351427153920 nNaib Canselor UMK, Prof. Dr. Ts. Noor Azizi Ismail berkata, pembiayaan dana itu adalah bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), inkubasi serta inovasi bersama penyelidik dari Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang melibatkan sekumpulan penyelidik dan pelajar UMK.

“UMK Kampus Jeli telah dipilih sebagai pusat penyelidikan utama projek penyelidikan ini dan fokus seterusnya adalah pemindahan teknologi kepada penduduk Jeli bagi memberi peluang kepada penduduk setempat menjana sumber pendapatan baharu dengan menternak alga mikro untuk dibekalkan kepada industri.

“Produk yang dihasilkan daripada mikro alga terpilih akan digunakan dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan, kosmetik dan makanan,” katanya pada sidang akhbar Pembangunan Terkini Projek Penyelidikan Berasaskan Mikro Alga di Bangunan Canselori, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif OEW Algae Technologies Sdn Bhd., Dato' Dr. Nazily Mohd Noor, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK, Pejabata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, sebagai sokongan kepada kerjasama projek penternakan mikro alga ini pihak akan UMK memperuntukkan kawasan seluas 70 hektar di Jeli bagi tujuan tersebut.

Katanya, progam pembangunan kultur biomas mikro alga berskala besar dengan OEW Algae Technologies Sdn Bhd ini adalah berdasarkan kepada memorandum kerjasama (MoC) antara UMK melalui FBKT yang telah dimeterai pada bulan Mac lalu.

“Melalui kejayaan penyelidikan ini, pemindahan teknologi akan berlaku dimana teknik amalan ladang akan diperkenalkan kepada 32 hingga 50 pengusaha mikro alga khususnya penduduk setempat di Jeli pada tahun 2021,” katanya.

65308681 2517067538520388 3294872715038556160 oSementara itu, Dato’ Dr. Nazily berkata, mikro alga yang memiliki khasiat 600 kali lebih baik berbanding vitamin C telah digunakan secara meluas dan mendapat permintaan tinggi di negara luar kerana kandungannya yang bermanfaat kepada kesihatan.

Katanya, syarikat OEW Group beroperasi di Shah Alam, Selangor sejak 12 tahun lalu telah mengeluarkan dan 32 produk penjagaan kesihatan serta kecantikan yang menggunakan ekstrak mikro alga serta mengandungi astaxanthin, iaitu sejenis pigmen kemerahan atau karotenoid.

“Untuk pelaksanaan projek jangka panjang, syarikat merancang menambah pelaburan untuk membina sebuah loji utama dengan kos dianggarkan antara RM20 juta hingga RM30 juta dalam tempoh 2020-2023,” katanya.

Beliau berharap kerjasama ini akan memberi faedah kepada UMK khususnya dalam penglibatan pensyarah dan penuntut (FBKT di UMK Kampus Jeli yang akan memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa.

Pusat Komunikasi Korporat I Ab Halim Hafiz Ab Aziz & Nur Fadzli Abu Hassan

65154330 2517067795187029 2974809639016726528 n

Read 504 times
Rate this item
(1 Vote)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search