Latest News

50 SUKARELAWAN UMK SERTAI FESTIVAL KELATE – JEPUN

65703284 920306191663440 2288327183392833536 o

PENGKALAN CHEPA 5 Julai I Kelab Jepun, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif dengan menyertai program Festival Kelate – Jepon 2019 bagi memantapkan penguasaan bahasa dan budaya Jepun dikalangan ahlinya.

Seramai 50 ahli Kelab Jepun termasuk sukarelawan UMK menyertai Festival Kelate – Jepun 2019 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia sempena majlis perasmian Taman Keamanan Jepun bertempat di Taman Al – Fursan, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 4 Julai 2019.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alummni, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, berkata, penyertaan kumpulan pelajar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang budaya Jepun yang sebenar.

Beliau berkata, penguasaan bahasa Jepun khususnya bahasa perbualan harian bagi membolehkan mereka menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan seperti tarian tradisional Jepun, drama Jepun dan persembahan pakaian tradisional Jepun yang dipersembahkan pada program tersebut.

“Para sukarelawan dan ahli Kelab Jepun ditugaskan menyelia lapan unit booth pameran berkaitan dengan kebudayaan Jepun,” katanya.

Majlis Perasmian Taman Jepun oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Amar pada 4 Julai 2019 jam 10 pagi di Taman Memorial Keamanan Kota Bharu, Jalan Padang Tembak Pengkalan Chepa.

Menurutnya, penyertaan Kelab Jepun UMK dalam program ini bertujuan untuk memperoleh pengalaman dan menimba pengetahuan baharu sebagai salah satu platform yang dapat membantu Kelab Jepun UMK untuk bergiat aktif di samping menjana pendapatan untuk Kelab.

Pelbagai persembahan diadakan seperti Gendang Jepun, Rebana Ubi, Dikir barat, Tarian Jepun Bon Odori, Gasing terbang, Kendama, Fukuwarai, Origami dll lain. Juga jualan makanan Jepun seperti okonomiyaki, takoyaki, Onigiri, Sushi king dan banyak lagi.

Pusat Komunikasi Korporat I Al Azam Razi

Read 90 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 July 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search