Latest News

ISTIADAT KONVOKESYEN PERTAMA DI UMK BACHOK

ISTIADAT KONVOKESYEN PERTAMA DI UMK BACHOK

0I1A2589

BACHOK 2 Julai I Selepas 12 tahun, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri apabila Istiadat Konvokesyen membabitkan seramai 2,038 graduan (belum muktamad) pra siswazah dan pasca siswazah bakal diadakan di Dewan Utama yang terletak di UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada Oktober ini.

Detik bersejarah itu menjadi kenangan manis bagi seluruh warga UMK apabila bangunan yang menempatkan dewan utama dan kompleks akademik telah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob berkata, bangunan baharu tiga tingkat itu menempatkan dewan utama serta kompleks akademik yang kini siap sepenuhnya untuk memulakan operasi dengan istiadat konvokesyen ke-9 sebagai pembuka tirai.

Katanya, istiadat konvokesyen ke-9 kali ini diadakan bagi penganugerahan ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.

“Sebagai universiti awam di negeri ini, UMK menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Bachok dan sekaligus pembangunan keusahawanan di Malaysia,” katanya pada Majlis Solat Hajat dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), di Dewan Utama dan Kompleks Akademik di UMK Bachok, hari ini.

0I1A1641Turut hadir, Naib Canselor, Prof. Ts . Dr. Noor Azizi Ismail dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts Dr. Zaliman Sauli.

Sementara itu, dewan utama yang mempunyai keluasan 11,737.72 meter persegi mampu menampung 1,500 orang pada satu-satu masa.

Kos pembinaannya adalah di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10.

Dewan utama menyediakan beberapa fasiliti lain seperti pentas utama, dewan jamuan, bilik canselor, tandas VIP, bilik persalinan persalinan, bilik LPU, bilik senat dan stor.

Sementara itu, kompleks akademik pula menempatkan pejabat Bahagian Pentadbiran Akademik dengan kemudahan seperti ruang pejabat, bilik jubah pelajar & kelengkapan konvokesyen, bilik jubah akademik/ pengurusan/Lembaga Pengarah Universiti/Senat dan Canselor.

Selain itu, kompleks ini juga memiliki pusat data/bilik server, stor peralatan kebakaran, bilik kawalan CCTV, bilik persalinan, tandas, bilik mesyuarat, bilik jamuan dan ruang keusahawanan (kafé,fotocopy dan sebagainya).

Sebelum ini istiadat konvokesyen diadakan di tempat lain iaitu antaranya di Hotel Grand Riverview dan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Pusat Komunikasi Korporat I Al Azam Razi

Read 1641 times Last modified on Tuesday, 16 July 2019 13:14
Rate this item
(2 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search