Latest News

UMK KEMUKA LAPAN INDIKATOR BAHARU BAGI MEMBASMI KEMISKINAN DI KELANTAN

UMK KEMUKA LAPAN INDIKATOR BAHARU BAGI MEMBASMI KEMISKINAN DI KELANTAN

Pusat Hal Ehwal Korporat I Al Azam Razi

BACHOK 14 Julai I Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan meniliti secara terperinci kajian pemetaan komuniti miskin oleh Institut Penyelidikan Dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk dilaksanakan bagi menanggani kadar kemiskinan di negeri Kelantan.

0I1A5405Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah, pihak kementerian akan  berusaha untuk menjadikan lapan indikator untuk tujuan menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini terutamanya yang berlaku di luar bandar.

Merujuk kepada statistik Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) sehingga Februari 2019 mencatatkan sebanyak 12,157 isi rumah di Kelantan dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar terutamanya di luar bandar.

“Jumlah itu amat serius dan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh InsPeK telah menemukan lapan modal komuniti yang menunjukkan tahap kemiskinan yang dialami penduduk iaitu modal insan, sosial, politik, agama, semula jadi, budaya dan ekonomi.

0I1A5243“Kajian pemetaan komuniti miskin di Kelantan ini telah dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya melibatkan ke atas ketua isi rumah (KIR Komuniti Miskin) di 10 jajahan iaitu Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kota Bharu,Bachok,  Kuala Krai , Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang, katanya selepas mendengar taklimat model pemetaan Komuniti Miskin di Kelantan oleh InsPeK, di UMK Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Ts.  Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pejabat KPLB Negeri Kelantan, En. Nasrul Haqiim Mohd Nasir dan Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

Menurut YB. Sivarasah, sebelum ini tahap kemiskinan (penduduk) dilihat daripada aspek ekonomi sahaja namun dengan pendekatan kajian oleh UMK ini pihak kementerian akan mengambil kira pelbagai aspek.

Beliau juga memberitahu masalah prasarana termasuk kemudahan bekalan air antara faktor utama tujuh daerah di negeri Kelantan dikategorikan miskin.

0I1A5327Sementara itu, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal berkata, sesi taklimat pembentangan kajian pemetaan kemiskinan komuniti miskin yang diadakan pada hari ini adalah hasil daripada kajian berkaitan kos sara hidup dan jenis kemiskinan yang berlaku di negeri ini.

Katanya, kajian ini bagi meneliti potensi yang boleh dimanfaatkan untuk mengatasi perangkap kemiskinan dan kos sara hidup yang dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

“Bagi mengatasi isu kemiskinan tersebut, pihak InsPeK mencadangkan diwujudkan pelan tindakan khusus untuk mengurangkan kemiskinan di Kelantan sebagai pelan induk pengurusan kemiskinan Kelantan 2020 – 2025.

“Pihak InsPek turut memperkenalkan pelbagai program untuk mengubah kualiti hidup golongan miskin dan B40 melalui program keusahawanan antaranya ialah dengan menubuhkan Makmal Jaringan Sosial (SNL) bagi memetakan potensi komuniti terpilih untuk menjalankan berasaskan projek berimpak lestari,” katanya.

YB Tuan Sivarasa juga mengadakan sesi soal jawab bersama pihak pengurusan dan pensyarah sempena  Program “Ministerial Talk Series” Bersama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar selama satu jam di Bilik Seminar Aras 2, Bangunan Canselori Baharu.

0I1A5344

Read 937 times Last modified on Monday, 15 July 2019 09:29
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search