Latest News

KERJASAMA KUKUH ACADEMIA-INDUSTRI MELALUI   TALENT EXCHANGE PROGRAMME ATAU AlxCHANGE : CEO @ FACULTY PROGRAMME (CFP) 1.0 “LEARN FROM THE PROS”  MEMBABITKAN CEO INDUSTRI TERSOHOR SEPERTI LAZADA, NADICORP DAN TECHNORIANT

KERJASAMA KUKUH ACADEMIA-INDUSTRI MELALUI TALENT EXCHANGE PROGRAMME ATAU AlxCHANGE : CEO @ FACULTY PROGRAMME (CFP) 1.0 “LEARN FROM THE PROS” MEMBABITKAN CEO INDUSTRI TERSOHOR SEPERTI LAZADA, NADICORP DAN TECHNORIANT

0I1A4736Tiga Syarikat Korporat terbesar di Malaysia dilantik sebagai rakan strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme 1.0.

Penyerahan watikah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Neo Teen Ching yang mewakili Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malek sempena Majlis Makan Malam Aixchange CEO@Faculty Programme yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 Julai baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Salleh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadicorp Berhad), Dato’ Bruce Lim Aun Choong (Managing Director Technoriant yang juga adalah Ketua Eksekutif Nexus, Malaysia Productivity Corporation) dan Mr. Zhou Leo Chow (Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia).

Tempoh pelantikan itu adalah selama dua tahun mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.

Smua CEO terbabit akan terlibat pada program ini untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada universiti samada bersama staf mahupun pelajar. Pejabat Jaringan Industri Universiti CUIC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pertemuan dengan semua CEO terbabit untuk mengenalpasti dan menyusun jadual bg aktviti pelaksanaan pgrm bersama.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata pengurusan universiti amat bertuah dan merakamkan penghargaan serta terima kasih di atas inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga syarikat korporat terkemuka ini untuk menjadi rakan strategik UMK. pemilihan tiga pemain industri yang cukup berkaliber ini untuk berkoloborasi dengan universiti dapat membantu melonjak UMK ke persada antarabangsa selaku universiti keusahawanan.

Kerjasama ini menjadikan universiti lebih relevan selaras dengan hasrat menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan No 1 Malaysia 2023,Asean 2026 dan 2030 di peringkat Asia.

0I1A4761

Read 899 times Last modified on Tuesday, 16 July 2019 21:52
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search