Latest News

UMK DAPAT UNDIAN TERTINGGI TERIMA TAJAAN BIASISWA FAIR & LOVELY 2019

UMK DAPAT UNDIAN TERTINGGI TERIMA TAJAAN BIASISWA FAIR & LOVELY 2019

Oleh  : Pusat Komunikasi Korporat | Foto : Bahagian Hal Ehwal Pelajar

KUALA LUMPUR 15 Julai I Mencipta sejarah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sebanyak 30,577 undi sekaligus memenangi tempat pertama untuk meraih tajaan pencarian penerima Biasiswa Fair & Lovely 2019  berjumlah RM50.000.00.

Jumlah undian itu direkodkan berdasarkan kiraan undian secara atas talian untuk memilih siapa di antara 7 Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta bersaing merebut tajaan biasiswa berjumlah RM200,000 daripada produk kecantikan Fair & Lovely.

Sementara itu, Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat kedua (undian 21,058), Kolej Universiti Islam Antarabangsa di tempat ketiga (undian 6,743).

Majlis penyampaian itu berlangsung di VE Hotel & Residence, Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Pn. Noorafnie Edura Ab Manaf, program pencarian penerima biasiswa itu membabitkan 40 pelajar wanita daripada tujuh Universiti Awam/ IPTS.

Katanya, kriteria dan syarat penyertaan program peraduan memenangi tajaan biasiswa ini ialah calon mestilah mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) minimum 3.0 dalam akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum di universiti.

“Seramai 10 pelajar UMK telah terpilih untuk menerima sejumlah wang tunai RM5,000 setiap seorang sebagai pembiayaan menampung keperluan pengajian mereka termasuk yuran pengajian, pembelian buku dan barangan keperluan lain.

“Insya Allah, pembiayaan biasiswa ini menjadi inspirasi kepada pelajar untuk lebih berkeyakinan dan berketrampilan selain memberi galakan kepada golongan wanita untuk menggapai cita-cita serta sebagai platform kepada peluang pendidikan mereka,” katanya.

10 pelajar UMK yang layak menerima tajaan biasiswa tersebut ialah Norhazimah Asik (Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan Dengan Kepujian), Marniza Agustiar (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan dan Kewangan Islam Dengan Kepujian), Nor Azariema Hanim A. Aziz (Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan Dengan Kepujian), Nur Nerina Aerisya Zameri (Doktor Perubatan Veterinar) dan Shahida Mohamad (Sarjana Muda Senibina Dalaman Dengan Kepujian).

Manakala lima lagi mpenerima ialah Jeevanya A/P Mani Maran (Sarjana Muda Kreatif Dengan Kepujian),            Nor Amera Norman Muda (Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian), Nurul Asmidar Mohamod (Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bioindustri Dengan Kepujian), Nur Haffizah Jusoh (Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Sumber Hutan Dengan Kepujian) dan Wan Nursyazlenn Wan Juru Halam (Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) Dengan Kepujian).

Read 1130 times Last modified on Tuesday, 16 July 2019 17:22
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search